Page 6 - Bahasa_Melayu_Komunikasi_Pendidikan_Khas_Tingkatan_2
P. 6
Kemahiran Pembelajaran Abad ke-21 seperti pemikiran kritis, kolaboratif,
komunikasi dan kreativiti dimasukkan secara langsung dan tidak langsung
ke dalam buku teks ini. Kemahiran berfikir murid turut diperluas melalui
pelbagai pendekatan antaranya peta pemikiran, penyelesaian masalah
dan pemerolehan maklumat. Kod Carian Pantas atau Quick Response Code
(QR Code) digunakan untuk mengimbas maklumat tambahan melalui telefon
pintar yang mempunyai aplikasi QR Reader.
Akhir kata, melalui penggabungjalinan pelbagai elemen dan kemahiran,
penulis sangat berharap agar buku ini dapat mencetuskan minda yang kreatif,
mengamalkan etika dan nilai murni dalam kalangan murid. Semoga buku teks
ini dapat membantu meningkatkan penguasaan dan kefahaman murid dalam
mempelajari bahasa Melayu.
v

