Page 218 - Matematik Tingkata 3
P. 218

Penyelesaian:                                                              Q
           Lokus bagi titik  X yang berjarak sama dari titik  P dan titik  R ialah          Lokus X
           pembahagi dua sama serenjang bagi garis yang menyambungkan titik P
           dan titik R.
                                                                                 P         R

                Apakah lokus bagi titik yang berjarak tetap dari satu garis lurus?


            Cetusan Minda 6                Berpasangan                          STANDARD

             Tujuan:  Menentukan  lokus bagi suatu titik  yang berjarak  tetap    PEMBELAJARAN
               Kendiri  Berpasangan  Berkumpulan                            Memerihalkan lokus bagi
                     dari satu garis lurus.
                                                                            titik yang berjarak tetap
                     di Luar
                                  Darjah
             Bahan: Kertas grid segi empat sama, pembaris, pensel.          dari satu garis lurus.
             Belajar
                           Bilik
             Langkah:
             1.  Lukis satu garis lurus MN (Rajah 1).
             2.  Tandakan suatu titik ×, yang berjarak 3 unit tegak dari garis MN (Rajah 2).
                                                           } 3 unit
                                                          ×                ×  ×  ×  ×  ×  ×  ×  ×


                                                           } 3 unit
                   M                    N     M                    N      M                   N


                                                          ×                ×  ×  ×  ×  ×  ×  ×  ×

                          Rajah 1                    Rajah 2                    Rajah 3
             3.  Ulangi langkah 2 dengan sebanyak mungkin titik-titik × (Rajah 3).
             4.  Perhatikan kedudukan titik-titik × pada Rajah 3. Apakah pendapat anda tentang kedudukan
                titik-titik × tersebut?
             5.  Ulangi langkah 1 hingga 4 dengan jarak unit yang berbeza.
             6.  Ulangi langkah 1 hingga 4 dengan garis lurus MN yang dilukis secara mencancang.


             Perbincangan:
             Apakah  kesimpulan  anda  tentang  kedudukan  titik-titik  yang  ditanda  sama  jarak  dari
             satu garis lurus?
    8
    BAB    Hasil daripada Cetusan Minda 6, didapati bahawa;

             Lokus bagi suatu titik yang sentiasa sama jarak dari garis lurus, MN, ialah sepasang garis
             lurus yang selari dengan MN.



           Secara generalisasi,   Lokus bagi  titik yang berjarak tetap  dari satu garis lurus ialah
    Saiz sebenar                  garis lurus yang selari dengan garis lurus tersebut.


         208
   213   214   215   216   217   218   219   220   221   222   223