Page 64 - Matematik Tingkata 3
P. 64
Cetusan Minda 1
Berkumpulan
Tujuan: Mengenal pasti jenis simpanan dan pelaburan.
Langkah:
1. Bahagikan kelas kepada kumpulan yang terdiri daripada lima atau enam orang murid. Setiap
kumpulan harus menyatakan jenis simpanan dan pelaburan mengikut pernyataan yang
diberikan serta jelaskan ciri-ciri simpanan dan pelaburan yang dinyatakan.
2. Maklumat yang dikumpul harus dibentangkan dalam bentuk laporan seperti di bawah.
Jenis Jenis Penerangan
simpanan pelaburan
1. Encik Rizal menyimpan sejumlah Akaun simpanan – jumlah
RM300 di dalam bank. wang yang disimpan adalah
3 Simpanan kecil dan akan dikeluarkan
BAB pada bila-bila masa.
2. Cik Zeti merupakan seorang peniaga
yang menyimpan sejumlah wang di dalam
bank dengan tujuan untuk mengeluarkan
cek apabila hendak membayar kepada
pemiutang.
3. Puan Rani menggunakan wang yang
diterima daripada bapanya untuk
membeli satu lot kedai.
4. Puan Faridah menyimpan sejumlah
wang sebanyak RM20 000 di dalam
bank untuk membiayai pendidikan
anak-anaknya pada masa hadapan.
5. Encik Lee membeli 1 000 unit amanah
saham.
6. Cik Sharon membeli 4 000 unit syer
Bank Orkid Berhad yang bernilai RM1.00
sesyer di Bursa Saham Kuala Lumpur.
Perbincangan:
Nyatakan kelebihan dan kekurangan bagi setiap jenis simpanan dan pelaburan yang dinyatakan.
Hasil daripada Cetusan Minda 1, didapati bahawa simpanan dan pelaburan adalah berbeza.
UJI MINDA 3.1a
1. Apakah tujuan seseorang individu melakukan simpanan?
2. Bapa anda mempunyai RM5 000 dan tidak menggunakannya untuk satu jangka masa panjang.
Apakah nasihat anda kepada beliau? Jelaskan jawapan anda.
Saiz sebenar
3. Mengapakah kebanyakan orang tidak berminat untuk membuka akaun semasa selain para peniaga?
54

