Page 67 - Matematik Tingkata 3
P. 67

Bab 3  Matematik Pengguna: Simpanan
                                                                        dan Pelaburan, Kredit dan Hutang
             Contoh   5                                                            K U I Z
                                                                              Mengapakah akaun
            Puan  Vanmathy  menyimpan  sebanyak  RM5  000  di  sebuah  bank.   simpanan tetap
            Berapakah jumlah simpanan Puan Vanmathy selepas 1 tahun jika kadar   diberikan faedah yang
            faedah yang diberikan ialah                                       tinggi berbanding
                                                                              akaun simpanan?
             (a)  5% setahun                                                      (b) 6% setahun
            Apakah beza jumlah faedah yang diperoleh Puan Vanmathy dalam kedua-dua situasi di atas?

            Penyelesaian:
               Jumlah      Kadar    Tempoh simpanan                            Jumlah simpanan
              simpanan     faedah        (tahun)         Jumlah Faedah          selepas 1 tahun
                                                                   5        RM5 000 + RM250                3
               RM5 000       5%             1          RM5 000 × —– × 1
                                                                 100
                                                                            = RM5 250                      BAB
                                                       = RM250
                                                                   6        RM5 000 + RM300
                                                       RM5 000 × —– × 1
               RM5 000       6%             1                    100        = RM5 300
                                                       = RM300

            Beza jumlah faedah yang diterima ialah RM300 – RM250 = RM50.      TIP
            Berdasarkan Contoh 5, bagi prinsipal yang sama, apabila kadar faedah     kadar  semakin
                                                                                 faedah
                                                                                          tinggi
            bertambah, maka jumlah simpanan akhir tahun  juga bertambah.                  pulangan
                                                                                 kadar    semakin
                                                                                 faedah   rendah
                                                                                          pulangan
               Faedah kompaun
            Faedah kompaun ialah faedah yang dihitung berdasarkan prinsipal asal dan juga faedah yang
            terkumpul daripada tempoh penyimpanan sebelumnya.
                Faedah kompaun berbeza daripada faedah mudah dari segi jumlah simpanan yang akan
            digunakan untuk penghitungan faedah.
                Bagi faedah kompaun, kekerapan pengkompaunan ke atas prinsipal boleh berbeza. Contohnya,
            dikompaun setahun sekali ataupun 3 bulan sekali dan sebagainya.
                Merujuk  kepada  Contoh  4(a),  sekiranya  Encik  Nazrin  diberikan  faedah  kompaun  dengan
            pengkompaunan sekali setahun, apakah jumlah simpanan beliau pada akhir tahun kedua?

                Pada tahun pertama, jumlah faedah yang diterima ialah
                                           3
                               RM8 000 × —– = RM240.
                                          100
            Maka, jumlah simpanan pada akhir tahun pertama ialah RM8 240.
                                                                              Imbas QR Code atau
                Bagi tahun kedua, jumlah  simpanan yang digunakan untuk       layari http://yakin-pelajar.
            penghitungan faedah ialah RM8 240 (prinsipal + faedah tahun pertama).   com/Bab%203%20
                                                                              Kompaun/Kompaun%20
            Maka, faedah pada akhir tahun kedua ialah                         Bab%203.pdf untuk
                                           3
                               RM8 240 × —– = RM247.20.                       mendapatkan maklumat
                                                                              lebih lanjut tentang
                                          100                                 faedah kompaun.
            Dengan ini, jumlah simpanan Encik Nazrin pada akhir tahun kedua ialah
                               RM8 240 + RM247.20 = RM8 487.20.                             Saiz sebenar



                                                                                                  57
   62   63   64   65   66   67   68   69   70   71   72