Page 29 - SADN1033 KUMPULAN V KENEGARAAN MALAYSIA (A221)
P. 29
Kesimpulan dan rumusan
Berdasarkan penerangan di atas, jelaslah bahawa
di Malaysia ini terdapat pelbagai jenis makanan
tradisional yang melambangkan keunikan kaum
dan bangsa di negara kita. Makanan tradisional
ini turut menjadi simbolik kepada perpaduan dalam
kalangan rakyat Malaysia. Hal ini dikatakan
demikian kerana, kita dapat melihat bahawa
kebanyakan gerai atau restoran di Malaysia
menyajikan kepelbagaian menu mengikut kaum
supaya setiap kaum dapat mengenali makanan
tradisonal yang ada di Malaysia bagi mengekalkan
keharmonian sejagat. Bahkan, makanan tradisonal
ini turut menjadi tarikan kepada para pelancong
untuk mengenali budaya kita agar terkenal di
serata dunia.
Akhir kata, kita sebagai rakyat Malaysia yang
berbilang kaum ini perlu meneruskan resepi
makanan tradisional peninggalan nenek moyang
kita dan mengekalnnya supaya generasi akan
datang dapat merasai keunikan makanan kaum di
Malaysia yang istimewa dan sangat enak ini.

