Page 25 - SADN1033 KUMPULAN V KENEGARAAN MALAYSIA (A221)
P. 25
Umai merupakan sejenis lauk yang tidak dimasak dan
hanya dimakan secara mentah namun rasanya sunguh
enak dan menarik. Umai dihasilkan daripada makanan
laut seperti ikan mentah iaitu ikan empirang atau boleh
juga menggunakan sotong dan udang. Cara
penyediaan umai adalah begitu mudah di mana isi ikan
empirang perlu dihiris secara halus atau jika anda ingin
menggunakan udang segar maka kulitnya perlu
dibuang terlebih dahulu. Isi ikan atau udang yang telah
dihiris akan digaul bersama bahan-bahan lain iaitu cili,
halia, bawang merah, perahan limau dan garam gula
secukupnya. Kemudian, umai akan diperap selama
beberapa jam di dalam peti sejuk. Setelah beberapa
lama di dalam peti sejuk, umai sudah boleh
UMAI
dihidangkan dan dimakan.

