Page 24 - SADN1033 KUMPULAN V KENEGARAAN MALAYSIA (A221)
P. 24

Makanan Kaum Iban







































                                                                               MANUK





                                                                              PANSUH








                           Hidangan ini antara yang terkenal di Sarawak terutama

                           dalam  kalangan  kaum  Iban.  Dalam  bahasa  Sarawak,
                           manuk bermaksud ayam manakala pansuh ialah buluh.

                           Justeru, manuk pansuh merupakan sebuah hidangan di
                           mana ayam yang akan dimasak di dalam buluh. Orang

                           Iban  akan  menggunakan  ayam  tua  sebagai  pansuh
                           kerana  rasanya  yang  lebih  lazat  dan  lembut.  Antara

                           bahan  yang  digunakan  untuk  memasak  lauk  ini  ialah

                           serai, halia, garam dan pucuk ubi kayu. Campuran bahan
                           ini  akan  dimasukkan  ke  dalam  buluh,  kemudian  pada
                           bahagian  atas  buluh  akan  diletakkan  daun  ubi  kayu

                           untuk menambah aroma. Akhir sekali, hidangan ini akan

                           dibakar pada bara api sehingga bahagian atasnya mula
                           menggelegak.  Setelah  itu,  manuk  pansuh  siap  untuk

                           dihidang secara panas-panas bersama nasi.
   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29