Page 5 - SADN1033 KUMPULAN V KENEGARAAN MALAYSIA (A221)
P. 5
Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri
daripada masyarakat berbilang kaum yang mempunyai
perbezaan dari segi kepercayaan, budaya, agama, adat
resam dan lain-lain. Malaysia juga didiami oleh kira-kira
80 kaum etnik dan setiap kaum mempunyai populasi yang
berbeza. Kepelbagaian kaum yang menetap di Malaysia
seperti Melayu, Cina, India, Iban, Baba Nyonya dan
sebagainya masing-masing menyumbang dalam
pembentukan negara bangsa Malaysia yang unik dan
menarik.
Di antara pelbagai perbezaan yang wujud dalam
kalangan masyarakat berbilang kaum, makanan
merupakan unsur yang mendapat perhatian utama
daripada masyarakat seluruh dunia. Kajian ini akan
berfokus kepada makanan tradisional bagi kaum Melayu,
Cina, India, Baba Nyonya dan Iban. Penerangan secara
berfokusan berkaitan asal-usul, bahan-bahan yang
digunakan dalam penyediaan makanan, cara penyediaan
makanan dan lain-lain akan dijelaskankan untuk memberi
gambaran yang menyeluruh kepada pembaca.

