Page 6 - SADN1033 KUMPULAN V KENEGARAAN MALAYSIA (A221)
P. 6
MAKANAN KAUM MELAYU
Ketupat ini adalah makanan yang
unik dan lazat yang dinikmati pada
Hari Raya Aidilfitri dan juga Hari
Raya Aidiladha. Ketupat diperbuat
dengan hanya satu bahan
masakan iaitu beras ataupun beras
pulut, dan biasanya dinikmati
bersama rendang daging atau
ayam. Sesetengah orang juga
menikmatinya dengan susu pekat,
yang menjadikannya hidangan
yang sempurna untuk dinikmati
semasa majlis perayaan.
Nasi Lemak ialah hidangan
masakan Malaysia yang dimasak
menggunakan santan dan
biasanya dihidangkan dengan
telur rebus, timun, ikan bilis goreng,
kacang tanah goreng dan sambal.
Kini, nasi lemak juga dimakan
dengan pelbagai jenis lauk pauk,
antaranya daging, ayam, sotong,
udang, dan hati. Hidangan ini
menjadi kegemaran ramai orang
untuk sarapan pagi atau makan
malam.

