Page 10 - SADN1033 KUMPULAN V KENEGARAAN MALAYSIA (A221)
P. 10
LADDU
‘Laddu’ atau dikenali sebagai ‘laddoo’ adalah
makanan manisan tradisional masyarakat India.
Bentuk ‘laddu’ ini semacam bebola yang datang
dari benua India. Namanya datang dari Bahasa
Sanskrit Lattika. ‘Laddu’ ini dibuat dengan
tepung, minyak sapi atau mentega dan gula.
Ianya juga dicampur dengan kekacang atau
kismis yang telah kering. Selalunya, ‘laddu’ akan
disediakan pada hari perayaan atau semasa
majlis keagamaan. Terdapat beberapa jenis
laddu yang terkenal iaitu ‘laddu boondi’ dan
‘laddu motichoor’.
MAKANAN KAUM INDIA
MURUKKU
‘Murukku’ merupakan makanan tradisional
masyarakat India. Ramuan ‘murukku’ ini datang
dari India Selatan iaitu dari Tamil Nadu. Bahan
untuk membuat murukku ini adalah urad dan
tepung beras. ‘Murukku’ ini terdapat di semua
kedai dan akan dihidang sebagai makanan
ringan. ‘Murukku’ selalunya akan dibuat semasa
hari perayaan Deepavali. Ianya akan dihidang
kepada tetamunya yang menghadiri rumah
semasa hari Deepavali. ‘Murukku’ ini sangat
sedap dan senang untuk dibuat. Semua kaum
suka makan ‘murukku’ tanpa kira umur.

