Page 4 - 1. Panduan Khas STMI2 2022-2023
P. 4
KATA ALUAN
GURU BESAR
ُهُتاك َ رَبو ِ هللَاة َ مْح َ رومُكْيَلَع ُ ملاَسل َا
ُ
َ
َ
Alhamdullillah syukur ke hadrat ILLAHI kerana dengan izinnya, pihak sekolah
diberikan kekuatan sekali lagi menerbitkan sebuah Buku Standard Dokumen dan
Panduan Pengurusan Guru dan Staf SKTMI (2) bagi tahun persekolahan 2022 - 2023.
Dengan terhasilnya buku ini dapatlah pihak pengurusan dan warga SKTMI2 menjadikannya panduan dan landasan
dalam menguruskan pentadbiran sekolah dengan lebih padu dan cemerlang pada tahun 2022 - 2023 ini. Walau bagaimana
pun segala pembentukan organisasi,jawatankuasa, perancangan program dan aktiviti yang dinyatakan dalam buku ini
adalah merupakan perancangan dan cadangan permulaan. Ianya boleh diubah suai, ditambah baik sebagaimana situasi
atau keperluan Tahun 2022 - 2023 itu sendiri. Adalah diharapkan semua UNIT dan panitia serta jawatan kuasa yang dibentuk
dapat merancang dan seterusnya melaksanakan program-program yang dirancang dengan baik dan berkesan bagi
menepati visi, misi dan objektif sekolah. Seterusnya dapat meningkatkan prestasi sekolah.
Saya juga mengharapkan agar setiap guru di sekolah ini dapat menghayati sepenuhnya STANDARD DOKUMEN
PANDUAN PENGURUSAN GURU & STAF TAHUN 2022 - 2023 ini agar segala perancangan yang dilbuat berjalan dengan
baik dan lancar sebagaimana perancangan. Tanggung jawab yang diamanahkan wajiblah dilaksanakan dengan sebaik
mungkin. Inshaallah jika kita bersatu dan bekerja dengan penuh keikhlasan dalam melaksanakan visi, misi dan objektif
sekolah yang kita sayangi, kita tetap akan terus meraih kejayaan yang berterusan dari tahun ketahun yang mendatang .
Saya juga berharap segala kejayaan yang kita kecapi pada tahun-tahun yang lepas dapat memberikan suntikan semangat
juang dan usaha yang tinggi dan kental untuk kita meraih sekali lagi kejayaan besar pada Tahun 2022 - 2023 ini. InsyaAllah.
Semoga semua usaha yang kita curahkan semata-mata kerana Allah untuk kejayaan anak-anak didik kita diberkati Allah
Subhanawatala. Amin .....
Sekian, terima kasih.
“ PONTIAN DINAMIK”
”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
(CG ABDUL RAHIM BIN HJ MOHD HUSSAIN)
Guru Besar,
SK. Tengku Mahmood Iskandar 2,
Pontian, Johor. “Guru Berkesan Murid Cemerlang Sekolah Gemilang”
4

