Page 5 - 1. Panduan Khas STMI2 2022-2023
P. 5
KATA ALUAN
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
… هالل ةَمْح َ ر َ و ْم كْيَلَع مَلاَّسلا
Salam Sejahtera dan Salam Muafakat Johor. Syukur ke hadratNya kerana dizinkan STANDARD DOKUMEN PANDUAN
PENGURUSAN GURU & STAF TAHUN 2022 - 2023 ini diterbitkan. Saya berharap dokumen ini dapat dimanfaatkan
sebaiknya untuk menjadi panduan dan landasan dalam pengurusan sekolah oleh semua pihak berkepentingan juga pihak
pengurusan sekolah dan semua warga SKTMI khususnya mengikut keperluan yang dibenarkan.
Saya berharapkan juga STANDARD DOKUMEN PANDUAN PENGURUSAN GURU & STAF TAHUN 2022 - 2023 ini
menjadi sumber rujukan ke arah pengurusan ekosistem sekolah yang lebih yakin, berkesan dan cemerlang seterusnya
menjurus proses PdP yang terarah kepada PAK ke 21 dengan ekosistem yang lebih menyeluruh dan berkesan demi
kemenjadian anak-anak SKTMI 2. Diharapkan juga jawatan kuasa yang dibentuk dapat merancang dan melaksanakan
semua program dengan baik dan berkesan bagi menepati visi, misi dan objektif sekolah dan objektif PPPM Gelombang Ke
Dua 2016 - 2022 - 2023 bagi tahun yang keempat ini.
Kesempurnaan pendidikan adalah tekad warga sekolah dengan semangat kerjasama dan sokongan padu oleh semua pihak
di samping kepakaran yang sedia ada dalam menjayakan semua program kecemerlangan SKTMI 2. Bersandarkan
pencapaian pada 2019 yang terbukti SKTMI 2 juga mampu melonjakkan keputusan yang cemerlang dalam semua bidang
bagi merealisasikan kebolehan dan bakat murid. Diharapkan ini terus menjadi suntikan semangat untuk kami meneruskan
tekad, menggandakan usaha pada tahun 2022 - 2023 demi harapan untuk melihat kemenjadian anak-anak SKTMI 2 untuk
terus menempa kejayaan lebih cemerlang. Seterusnya melahirkan sumber manusia yang berkualiti dari aspek keilmuan,
kemahiran serta tinggi sahsiahnya untuk menjadi tunggak insan berkualiti yang dapat memenuhi tuntutan duniawi dan
ukhrawi. In sha Allah.
Sekian, terima kasih.
“SEHATI SEJIWA”
”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
…………………………………………
(CG SITI ROHA BINTI ABD KARIM)
PK Pentadbiran
SK. Tengku Mahmood Iskandar 2,
Pontian, Johor.
“Berguru Kepalang Ajar Bagai Bunga Kembang Tak Jadi”
5

