Page 7 - 1. Panduan Khas STMI2 2022-2023
P. 7

KATA ALUAN



                                                  GURU KANAN KOKURIKULUM





               Assalamualaikuam w.b.t

               Matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah untuk melahirkan warganegara yang berdaya juang, bersemangat tinggi
               serta mewujudkan insan yang seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek, Sahsiah dan Akhlak .Kewujudan Gerak
               Kerja Kokurikulum (GERKO) di sekolah diharap dapat menjadikan pelajar lebih cemerlang, gemilang dan terbilang dalam
               pelbagai bidang.

               Aktiviti  KoKurikulum  adalah  satu  elemen  yang  sama  pentingnya  selain  akademik.  Aktiviti  yang  dijalankan  bertujuan
               membimbing, mengukuh dan mengembangkan nilai murni dan bakat kepimpinan pelajar apabila mengikuti aktiviti yang
               dijalankan sebagai persediaan  bekalan mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Setersunya semua nilai yang digarapkan ini
               menjadi titik tolak kepada kemenjadian anak-anak SK TMI 2 supaya dapat lebih berdaya saing di peringkat global.

               Pengurusan Unit Kokurikulum SK.Tengku Mahmood Iskandar 2 sesi persekolahan 2022 - 2023 ini akan sentiasa memberi
               galakan kepada semua murid dan menyokong penuh setiap usaha yang dijalankan bagi menjayakan  aktiviti kokurikulum di
               sekolah. Aktiviti kokurikulum untuk tahun 2022 - 2023  ini diharap dapat dijalankan dengan jayanya dan mencapai tahap
               yang terbaik  dari segi penglibatan keseluruhan murid dan kejayaan yang akan dicapai dan menjadi pemangkin kepada
               kemenjadian anak-anak SK TMI 2. Insha Allah dengan menjadikan STANDARD DOKUMEN PANDUAN PENGURUSAN
               GURU & STAF TAHUN 2022 - 2023 ini sebagai panduan utama.

               Sekian terima kasih


               ”SEHATI SEJIWA”
               “  BERKHIDMAT UNTUK NEGARA  ”

               Saya  yang  menjalankan amanah,



               ……………..............…….....................
                  (CG MOHD FAISAL BIN ZAKARIA)
                  PK Kokurikulum
                  SK. Tengku Mahmood Iskandar 2,
                  Pontian, Johor.

                                            “Badan Sihat, Otak Cergas, Minda Cerdas”


                                                                                                                7
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12