Page 6 - 1. Panduan Khas STMI2 2022-2023
P. 6
KATA ALUAN
PENOLONG KANAN HEM
Assalamualaikum wrth.wb. Salam Sejahtera dan salam Muafakat Johor.
Syukur Alhamdulillah, dengan keizinan dan limpah kurniaNya jua, STANDARD DOKUMEN PANDUAN PENGURUSAN
GURU & STAF TAHUN 2022 - 2023 ini telah dapat disempurnakan untuk rujukan dan panduan kita bersama. Ucapan
setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih ditujukan kepada semua pihak yang terlibat khasnya kepada GB, semua Guru
Penolong Kanan, guru-guru serta staf sokongan sekolah yang turut membantu menyediakan buku panduan ini.
Sesungguhnya dengan dedikasi, komitmen dan keikhlasan anda semua, buku ini telah dapat disediakan dengan sebaik
mungkin.
Mudah-mudahan dengan adanya STANDARD DOKUMEN PANDUAN PENGURUSAN GURU & STAF TAHUN
2022 - 2023 ini, guru dan warga SKTMI 2 dapat melaksanakan segala tugas yang diamanahkan dengan penuh rasa
tanggungjawab . Seterusnya berganding bahu sesama rakan sejawat bagi merealisasikan objektif, matlamat, misi dan visi
sekolah. Begitu juga kepada pihak-pihak yang berkepentingan stake holder sekolah sama ada secara individu mahu pun
agensi atau badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan serta PIBG, buku panduan ini dapat menjadi rujukan dan dapatan
maklumat berkaitan sekolah ini.
Akhir kata saya ingin mengucapkan selamat menjalankan tugas kepada warga sekolah ini.. Insha-Allah dengan
tekad yang jitu, iltizam yang tinggi dan kerjasama serta keikhlasan dapat diterjemahkan kepada semua murid, sekolah ini
akan dapat mencapai visi dan misi melahirkan modal insan yang cemerlang dan SK TMI 2 dapat mencapai kecemerlangan
secara holistik pada tahun 2022 - 2023 .
Sekian, terima kasih.
“SEHATI SEJIWA”
”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
……………………………………………..
(CG NDRAKESUMAWATI BTE ABDULLAH)
PK Hal Ehwal Murid
SK. Tengku Mahmood Iskandar 2,
Pontian, Johor.
“Kejayaan Tidak Datang Bergolek, Cemerlang Tidak Datang Melayang ”
6

