Page 10 - CONTOH MAJALAH
P. 10

Gambar 5.0



                       Akhir sekali, keluarga Encik Lee juga mengumpul surat khabar yang telah dibaca, majalah-
               majalah dan buku-buku yang tidak digunakan lagi serta kotak-kotak kosong. Barang-barangan ini
               akan dihantar ke pusat kitar semula oleh Encik Lee.


                       Selain amalan yang diamalkan oleh keluarga Encik Lee, terdapat juga amalan lain yang
               boleh  diamalkan  di  rumah  kediaman  yang  saya  ingin  cadangkan.  Berdasarkan  maklumat  dari
               Internet dan buku teks, antara amalan yang boleh dilakukan ialah menggunakan teknologi seperti
               e-mel atau aplikasi yang lain untuk menghantar surat atau dokumen. Cara ini dapat mengurangkan
               penggunaan kertas. Ini adalah salah satu contoh amalan Reduce (Kurangkan). Seterusnya, kita
               haruslah mengurangkan penggunaan beg plastik  dengan membawa beg yang boleh digunakan
               semula  seperti  beg  mesra  alam,  beg  kertas  dan  plastik  biodegradasi  semasa  membeli  barang.
               Seperti yang kita tahu, plastik merupakan bahan yang mengambil masa yang lama untuk lupus dan
               boleh  menyebabkan  timbunan  sampah  yang  semakin  banyak.  Hal  ini  boleh  menyebabkan
               pencemaran dan meningkatkan kos penyelenggaraan di tapak pelupusan. Melalui jumpaan carian
               di Internet, fakta ada menyatakan bahawa plastik mengambil masa 500 tahun untuk dilupuskan.
               Apabila aktiviti kitar semula dilaksanakan, pembuatan plastik yang menggunakan petroleum yang
               dijumpai melalui hasil cari gali di dasar lautan dapat dikurangkan sekali gus mengelakkan berlaku
               perkara  yang  tidak  diingini  kepada  hidupan  akuatik.  Oleh  itu,  kita  haruslah  mengurangkan
               penggunaan plastik atau sebaik-baiknya mengelakkan menggunakan beg plastik.


                       Kesimpulannya, dari kajian lapangan ini, saya  mendapati bahawa  amalan kitar semula
               adalah sangat baik dan penting.  Amalan-amalan kitar semula yang di sebut di atas boleh dijadikan
               contoh kepada orang ramai. Kini, kita menghadapi isu-isu yang boleh menjejaskan alam sekitar
               dan kehidupan seharian kita. Kita haruslah berusaha sedaya upaya untuk menjaga alam sekitar
               agar ia selamat didiami oleh generasi akan datang nanti.








                                                             10
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14