Page 9 - CONTOH MAJALAH
P. 9

Selain daripada menggunakan tayar-tayar lama, keluarga Encik Lee juga mengamalkan
               amalan Reuse (Guna semula) di mana mereka tidak mensia-siakan sumber alam semula jadi iaitu
               air hujan. Hasil dari temu bual dengan ibu saudara saya iaitu Puan Kelly Chin, mereka mengumpul
               air hujan dengan menggunakan tangki air seperti di Gambar 3.0. Air hujan ini digunakan untuk
               menyiram pokok buah-buahan, bunga dan juga tanaman lain di kawasan rumah mereka. Mereka
               juga menggunakan air hujan ini untuk mencuci kereta dan juga untuk membersihkan kawasan
               rumah. Kediaman Encik Lee juga terdapat kolam ikan seperti di Gambar 4.0 di mana pada hari
               hujan, air hujan akan mengalir ke dalam kolam ikan tersebut. Dengan itu, air di kolam ikan ini
               diganti dengan air yang bersih secara semula jadi dan mereka juga menggunakan air kolam tersebut
               untuk menyiram tumbuh-tumbuhan dan bunga-bunga. Menurut ibu saudara saya,  air kolam ikan
               tersebut juga boleh menjadi baja semula jadi. Kegunaan semula air hujan memberikan banyak
               kepentingan kerana mengelakkan pembaziran sumber air dan memberi kita sumber air altenatif.






               .

















                          Gambar 3.0                                                                      Gambar 4.0


                     Di samping itu, ibu saudara saya juga turut mengamalkan amalan Reduce (Kurangkan) di
               mana  keluarga  Encik  Lee  biasanya  akan  membeli  produk  isian  semula  untuk  membantu
               mengurangkan  penggunaan  sumber.  Antara  produk-produk  isian  semula  yang  mereka
               menggunakan adalah seperti sabun pencuci pakaian, sabun mandi dan lain-lain seperti di Gambar
               5.0. Amalan ini juga dapat membantu menjimatkan kos pembelian. Ibu saudara juga memberitahu
               mereka  sentiasa  membeli  makanan  dan  barangan  kegunaan  harian  mengikut  keperluan  sahaja
               untuk mengelakkan pembaziran.




                                                              9
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14