Page 8 - CONTOH MAJALAH
P. 8

HASIL KAJIAN LAPANGAN




                       Berdasarkan buku teks Geografi Tingkatan 3 Bab 11, kitar semula bermaksud memungut
               dan mengasingkan sisa pepejal bagi maksud menghasilkan keluaran. Manakala kamus Dewan
               Bahasa dan Pustaka pula memberikan definisi kitar semula sebagai kaedah atau teknik memproses
               bahan seperti tin, botol, kertas yang telah digunakan supaya dapat digunakan semula. Terdapat tiga
               elemen untuk kitar semula iaitu Reduce  (Kurangkan), Reuse (Guna semula) dan Recycle (Kitar
               Semula). Elemen ini juga dikenali sebagai 3R. Elemen Reduce (Kurangkan) bermaksud amalan
               mengurangkan  sisa  pepejal  untuk  meminimumkan  penggunaan  sumber  semula  jadi.  Gunakan
               sesuatu sumber itu mengikut keperluan sahaja. Reuse (Guna semula) adalah tindakan penggunaan
               semula barangan secara berulang kali untuk mengurangkan penghasilan sisa. Penggunaan sesuatu
               barangan secara maksimum dapat mengelakkan pembaziran. Elemen terakhir iaitu Recycle (Kitar
               semula) bermaksud amalan mengasingkan barangan mengikut jenis untuk menghasilkan produk
               yang sama jenis atau baharu semula. Pengasingan mengikut jenis sisa menjimatkan masa dan
               memudahkan proses kitar semula. Hasil daripada maklumat di atas, saya mendapat tahu bahawa
               terdapat beberapa amalan kitar semula yang diamalkan oleh ahli keluarga di Kediaman Encik Lee.

                       Hasil daripada temu bual dan lawatan kawasan kajian, saya mendapati bahawa keluarga
               Encik Lee mengamalkan elemen Recycle (Kitar semula) di mana mereka menggunakan tayar-tayar
               kereta yang lama untuk dijadikan tempat untuk menanam bunga dan tumbuh-tumbuhan seperti di
               Gambar 1.0 dan Gambar 2.0. Amalan ini sangat baik kerana ia dapat mengurangkan sisa buangan
               domestik, mencegah pencemaran alam dan juga mengelakkan pembaziran. Halaman rumah juga
               menjadi indah dan ceria atas usaha kitar semula ini. Selain itu, wang juga dapat dijimatkan kerana
               kita tidak perlu lagi membeli pasu-pasu bunga. Amalan kitar semula menggunakan tayar lama ini
               semakin popular di kalangan mereka yang gemar menanam bunga.



















                           Gambar 1.0                                                                   Gambar 2.0



                                                              8
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13