Page 7 - CONTOH MAJALAH
P. 7

KAEDAH KAJIAN




                       Saya telah menggunakan beberapa kaedah kajian untuk mendapatkan maklumat tentang
               kajian lapangan ini. Kaedah-kaedah tersebut adalah seperti berikut:



               Kaedah Pemerhatian
               Saya menjalankan pemerhatian bersama ibu bapa saya tentang kawasan kajian yang kami lakukan
               selama  satu  jam.  Kami  membuat  pemerhatian  tentang  amalan  kitar  semula  yang  terdapat  di
               kediaman Encik Lee. Hasil pemerhatian ini kami telah catatkan dengan jelas.



               Kaedah Temu Bual

               Saya telah menemu bual salah satu ahli keluarga Encik Lee semasa menjalankan kajian lapangan
               ini. Beliau juga merupakan ibu saudara saya iaitu Puan Kelly Chin  Dalam temu bual ini, ibu
               saudara saya menerangkan jenis-jenis kitar semula yang diamalkan oleh mereka dan saya sempat
               mengambil gambar amalan kitar semula tersebut.



               Kaedah Rujukan

               Untuk  kajian  ini,  saya  juga  turut  merujuk  beberapa  bahan  bacaan  seperti  buku  teks  Geografi
               Tingkatan 3 untuk mendapatkan maklumat mengenai kitar semula. Selain itu, saya juga merujuk
               kamus Dewan Bahasa dan Pustaka untuk mendapatkan maksud yang lebih jelas mengenai kitar
               semula. Akhir sekali, saya melayari Internet untuk mencari maklumat lanjut dan mengetahui lebih
               jelas mengenai kawasan kajian.





















                                                              7
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12