Page 14 - LATEST BUKU PROGRAM PIBG KALI KE 7 2023
P. 14

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke – 7 Tahun 2023





                       1.10  Pihak kolej juga berharap agar keputusan MUET akan terus meningkat dan
                              pelajar mendapat band yang tinggi. Keputusan MUET kolej ini pada 2021 ialah
                              99.63% pelajar berjaya mendapat band 3 dan ke atas.

                       1.11  Kehadiran pelajar dan penglibatan  pelajar dalam  kokurikulum  juga  sangat
                              penting untuk pelajar memperoleh 10% markah kokurikulum bagi kelayakan
                              masuk ke universiti awam khasnya.

                       1.12  Tuan pengetua turut memaklumkan mengenai 2 projek perancangan kolej bagi
                              tahun ini iaitu untuk mengecat bangunan kolej dan pembelian SMART TV bagi
                              memastikan keberkesanan proses PdPC selaras dengan alaf baru justeru, pihak

                              kolej amat mengalu-alukan sumbangan  dalam kalangan ibu  bapa bagi
                              membiayai kedua-dua projek berkenaan.

                       1.13  Akhir sekali bagi pihak kolej, tuan pengetua merakamkan ucapan terima kasih
                              kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan dan kerjasama yang
                              baik dalam menjayakan program sekolah. Hanya dengan kerjasama  dan
                              sokongan semua pihak secara berterusan, maka permata-permata didik kolej
                              ini dapat terbina sebagai insan yang cemerlang dari segi sahsiah, akademik dan
                              kokurikulum. Beliau mengajak ibu bapa berjalan seiring dan mengatur langkah
                              sederap untuk merealisasikan Visi dan Misi kolej dengan jayanya.



               2.0     Ucapan Perasmian dan Alu-aluan YDP PIBG 2022/2023

                       2.1    YDP PIBG, mempunyai hasrat yang tinggi dalam usaha membantu peningkatan
                              akademik, pembangunan sekolah, dan sahsiah murid-murid sekolah ini selaras
                              dengan tanggung jawab  PIBG bagi membantu pihak sekolah dalam apa-apa
                              jua bidang termasuklah penyediaan prasarana sekolah yang kondusif.

                       2.2    Yang Dipertua mengajak kesemua ibu  bapa pelajar-pelajar Kolej Tingkatan
                              Enam Shah Alam ini agar sentiasa bersedia  memberikan sokongan  dan
                              kerjasama untuk memperkukuh kemampuan sedia ada  di kolej  ini  dan
                              memainkan peranan dalam menjayakan sarana ibu bapa-kolej.

                       2.3    Beliau turut  mengambil kesempatan  untuk mengucapkan tahniah kepada
                              pihak KTESA atas kejayaan demi kejayaan yang dicapai  baik dalam bidang
                              akademik mahupun kokurikulum. Harapan beliau pada tahun ini agar lebih
                              banyak kejayaan akan dicapai. Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi terima
                              kasih kepada para guru atas usaha gigih tanpa jemu dalam mencurahkan ilmu
                              kepada anak-anak.






                                                           14
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19