Page 13 - LATEST BUKU PROGRAM PIBG KALI KE 7 2023
P. 13
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke – 7 Tahun 2023
meningkatkan prestasi Kolej Tingkatan Enam Shah Alam terutama dalam
memastikan kejayaan para pelajar.
1.4 Keputusan pelajar dalam STPM sebelum ini telah mencatatkan kejayaan
cemerlang apabila ada calon yang mendapat keputusan PNGK 4.0. Kejayaan
pelajar kolej ini juga dapat dilihat apabila bilangan pelajar kolej ini yang berjaya
melanjutkan pelajaran ke universiti awam khususnya menunjukkan bilangan
yang ramai. Namun begitu, pencapaian para pelajar kolej ini yang ada sekarang
masih perlu ditingkatkan dan diberikan perhatian yang serius oleh guru-guru
dan ibu bapa.
1.5 Tuan pengetua mengajak ibu bapa berganding bahu untuk memastikan anak-
anak mereka mencapai kejayaan yang cemerlang yang seterusnya
meningkatkan nama kolej ini. Antara langkah yang perlu diambil ialah
memastikan kehadiran anak-anak ke kolej setiap hari persekolahan
1.6 Tuan pengetua juga berharap semasa pembelajaran PdPR dilaksanakan, ibu
bapa dapat memastikan anak-anak mengikuti kelas seperti jadual yang
ditetapkan dan tiada pelajar yang tercicir atau leka tidak mengikuti PdPR.
1.7 Tuan pengetua turut memohon agar ibu bapa mengingatkan anak-anak yang
memandu kereta atau menunggang motosikal agar mereka sentiasa menjaga
keselamatan ketika di jalan raya. Beberapa kes kemalangan telah berlaku yang
melibatkan beberapa orang pelajar telah cedera dalam kemalangan ketika
mereka dalam perjalanan pergi ke kolej atau pulang dari kolej. Pelajar yang
terlibat telah diberikan bantuan dan diziarahi oleh Unit Kebajikan Kolej.
1.8 Tuan pengetua mengingatkan agar ibu bapa yang menghantar dan menjemput
anak-anak dari kolej agar mematuhi pelan lalu lintas yang telah disediakan oleh
pihak kolej bagi mengatasi masalah kesesakan dan mengelakkan kemalangan
berlaku di hadapan kolej.
1.9 Tuan pengetua memaklumkan bahawa selain menduduki peperiksaan STPM
secara bertulis, pelajar-pelajar juga dikehendaki menyiapkan kerja kursus (KK)
justeru ibu bapa diseru agar memastikan anak--anak mereka hadir ke kolej
atau mengikuti PDPR kecuali atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Jika
pelajar tidak hadir ke kolej, atau tidak mengikuti PDPR, hal ini akan
menyebabkan segala tugasan tertangguh dan akhirnya akan menjejaskan
markah KK mereka.
13

