Page 15 - LATEST BUKU PROGRAM PIBG KALI KE 7 2023
P. 15
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke – 7 Tahun 2023
2.4 Beliau turut berharap agar pihak kolej terus merancang dan melaksanakan
program yang mampu membentuk minda dan sahsiah anak-anak. Harapan
beliau sebagai ibu bapa, agar pihak kolej akan terus berusaha melahirkan
generasi yang lebih terbilang sebagai pemangkin ke arah kejayaan masa depan.
2.5 Sebagai barisan AJK, mereka telah berusaha untuk menjalankan tugas yang
diamanahkan dengan sebaik mungkin. Dalam segala tindakan yang dilakukan,
mereka sentiasa memikirkan kebajikan anak-anak di kolej ini dan ingin sentiasa
memberikan yang terbaik walaupaun kadang kala berdepan dengan kesukaran
terutamanya masalah kewangan.
2.6 Sumbangan PIBG yang telah diberikan oleh para ibu bapa telah digunakan
dengan sebaik-baiknya untuk membantu membiayai program-program kolej
demi meningkatkan pencapaian pendidikan dan sahsiah anak-anak di kolej ini.
Oleh itu, beliau juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang
telah memberikan sumbangan PIBG. Beliau juga menyeru kepada ibu bapa
agar terus menyumbang kepada tabung PIBG untuk sama-sama terus menjana
dan merancang pelbagai aktiviti yang menyumbang kepada kecemerlangan
anak-anak.
2.7 Pihak PIBG juga sentiasa peka dan prihatin dengan setiap sumbangan daripada
ibu bapa. Sumbangan tersebut bukan semata-mata wang ringgit tetapi
kerjasama daripada ibu bapa untuk memastikan anak-anak sentiasa hadir ke
kolej. Masalah ponteng yakni tidak hadir ke kolej tanpa sebab mesti diambil
tindakan segera. Jangan biarkan anak-anak tidak hadir tanpa sebab. Sokongan
dan dorongan daripada ibu bapa itulah yang lebih utama dan penting sebagai
kunci kejayaan anak-anak
2.8 Akhir sekali YDP amat berharap kerjasama antara dua pihak terjalin erat dan
sentiasa sepakat demi kecemerlangan pelajar-pelajar kolej ini. PIBG perlu
bergerak seiring bagi merealisasikan segala matlamat dalam mengejar
kecemerlangan agar tercapai. Ahli Jawatankuasa PIBG baharu yang akan
dilantik kelak diharap dapat meneruskan usaha dengan lebih gigih bagi
meningkatkan kecemerlangan Kolej Tingkatan Enam Shah Alam.
2.9 Beliau seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-6.
15

