Page 35 - PANDUAN PENGURUSAN KANTIN SEKOLAH
P. 35

Kementerian Pendidikan Malaysia



                      5           PERSEKITARAN PEMBELAJARAN








                                      YANG MENYOKONG KBAT
            Dalam  persekitaran  pembelajaran  KBAT,  pengajaran  dan  pembelajaran  (PdP)  akan  berubah
            daripada berpusatkan guru kepada berpusatkan murid. Pembelajaran berpusatkan murid dapat
            merangsang  murid  berfikir  melalui  aktiviti  seperti  penerokaan,  penyelidikan  dan  pembelajaran
            berasaskan projek yang mana guru memainkan peranan sebagai pemudah cara.

            Proses  PdP  berubah  kepada  Pembelajaran  dan  Pemudahcaraan  (PdPc)  yang  akan  menjurus
            kepada  persekitaran  KBAT  seperti  penggunaan  alat  berfikir  dan  teknik  penyoalan.  Persekitaran
            pembelajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) melibatkan tiga unsur utama iaitu guru, murid
            dan bilik darjah seperti Rajah 6.


                                 Rajah 6: Unsur persekitaran pembelajaran KBAT


                  Persekitaran KBAT                     Murid






                                  Guru                                      Bilik Darjah



            KBAT  mendorong  murid  membuat  penerokaan,  penyelidikan dan  mengamalkan  pembelajaran
            inkuiri bagi mencari penyelesaian terhadap aktiviti yang mencabar minda melalui penyoalan aras
            tinggi.  Hal ini memberi  peluang  yang  lebih luas untuk  mereka  mempamerkan  potensi  diri serta
            mencungkil bakat yang terpendam.

            Kemampuan murid menguasai KBAT merupakan fokus utama guru semasa merancang PdP. Guru
            perlu  menguasai pelbagai bidang kemahiran,  sentiasa mengikuti  perkembangan  tentang  dasar
            dan isu pendidikan, mahir dalam pedagogi, menggunakan teknologi terkini dan menerapkan nilai-
            nilai murni bagi tujuan pembentukan akhlak dan sahsiah murid yang baik.



                                                                                                        23
                                                                                KBAT │ Aplikasi di Sekolah  23
   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40