Page 1 - BUKU PANDUAN PIBG
P. 1
1.0 KATA ALU-ALUAN
YANG AMAT BERHORMAT MENTERI PELAJARAN MALAYSIA
Assalamualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Bersyukur kita kepada Allah Subhanawataala, dengan izin-Nya kita masih lagi mampu
mengurus segala tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita.
Kepimpinan kerajaan hari ini lebih mementingkan perkhidmatan yang berkualiti dan
efisyen. Usaha ini akan memerlukan segala tindakan yang melibatkan keputusan dalam
pengurusan bersifat piawai. Oleh itu, tindakan dalam pengurusan yang melibatkan
prosedur Persatuan Ibu Bapa - Guru (PIBG) yang telah diselaraskan adalah amat
diperlukan.
Usaha mengeluarkan Buku Panduan Pengurusan PIBG oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia adalah untuk memperjelaskan kepada rakyat umum bahawa hasrat kerajaan
mempertingkatkan pengurusan berkualiti, bukan sahaja tertumpu kepada agensi-agensi
di bawahnya sahaja, malahan pertubuhan-pertubuhan yang ada kaitan dengan agensi
di bawahnya juga perlu di selaraskan. Ini mencerminkan bahawa cita-cita dan harapan
untuk menjadikan PIBG itu sebuah pertubuhan yang efektif adalah lebih bermakna lagi
sifatnya.
Prosedur yang dikeluarkan ini akan dapat membantu dan menangani segala kerenah
yang wujudh dalam pengurusan PIBG di sekolah-sekolah di Malaysia dapat ditangani
dengan lebih teratur dan tersusun. Di samping itu ianya juga dapat menimbulkan sifat
ketelusan yang lebih nyata dalam pengurusan PIBH di sekolah-sekolah hari ini.
Oleh yang demikian, saya berharap garis panduan ini akan menjadi satu penanda aras
yang boleh dijadikan sebagai ukuran dan penilaian oleh masyarakat berhubung dengan
pengurusan PIBG di sekolah-sekolah di Malaysia. Semoga dengan usaha yang ikhlas
ini, ia akan dapat menjadi satu titik tolak dan pemangkin kepada PIBG untuk bergerak
dengan lebih berkesan lagi.
Dengan ini saya berharap garis panduan PIBG yang dihasilkan ini dapat menjadikan satu
ikatan yang lebih akrab lagi di antara sekolah dan masyarakat.
Sekian, terima kasih.
Y.A.B. TAN SRI HAJI MAHYUDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN.
1

