Page 5 - BUKU PANDUAN PIBG
P. 5
3.0 ORGANISASI PIBG
3.1 Rasional, Falsafah, Matlamat dan Objektif
a. Rasional
Menyedari hakikat bahawa tuntutan pendidikan semakin kompleks,
penglibatan ibu bapa dan guru secara langsung dalam program
pendidikan perlulah digembleng secara terancang. Oleh itu, peranan
Persatuan Ibu Bapa-Guru amatlah penting dalam usaha merealisasikan
kecemerlangan pendidikan seperti yang dihasratkan dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
b. Falsafah
Persatuan Ibu Bapa-Guru sekolah ialah persatuan yang menjalankan
usaha berterusan bagi menyokong kegiatan sekolah dalam merealisasikan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan berlandaskan kaedah-kaedah dan
Perlembagaan Persatuan Ibu Bapa-Guru.
c. Matlamat
Persatuan Ibu Bapa-Guru secara sedar dan rasa penuh tanggungjawab
memainkan peranan yang berkesan dalam membantu menjayakan
pelaksanaan perancangan sekolah.
d. Objektif
Membantu pihak sekolah mencapai matlamat dalam bidang:
• Kurikulum
• Kokurikulum
• Bina Insan
• Disiplin
• Keceriaan Sekolah
• Keselamatan Sekolah
5

