Page 3 - BUKU PANDUAN PIBG
P. 3

YANG BERUSAHA PENGARAH BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN


        Bismillahhirrahmannirrahim.

        Di kesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada semua mereka
        yang terlibat dalam penyediaan garis panduan pengurusan Persatuan Ibu Bapa Guru
        (PIBG) yang dirasakan ianya akan dapat membantu kepada semua pihak yang terlibat
        dengan pengurusan PIBG.

        Saya juga ingin menyampaikan ucapan terima kasih kepada pihak Kementerian Pelajaran
        Malaysia kerana telah memberikan kepercayaan kepada Bahagian Pengurusan Sekolah
        Harian  meneraju  penyediaan  garis  panduan  ini. Atas  dasar  kepercayaan  yang  telah
        diberikan ini Bahagian Pengurusan Sekolah Harian berusaha memikul tanggungjawab
        tersebut sebagai penggerak untuk mengadakan garis panduan ini semoga ianya akan
        dapat melicinkan lagi semua tindakan di semua peringkat yang melibatkan PIBG.

        Sebelum saya mengakhiri kata-kata, segala pengorbanan yang telah dicurahkan oleh
        mereka  yang  terlibat  dengan  penyediaan  garis  panduan  ini  diucapkan  ribuan  terima
        kasih  yang  tak  terhingga.  Semoga Allah  jua  akan  dapat  membalas  segala  jasa  dan
        pengorbanan yang telah tuan/puan/saudara/saudari berikan dalam tugasan ini.



        Sekian, terima kasih.





        Y. BHG. DATO’ HAJI ZULKIFLY BIN MOHD. WAZIR
























                                                                        3
   1   2   3   4   5   6   7   8