Page 2 - BUKU PANDUAN PIBG
P. 2

YANG BERBAHAGIA KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA


        Assalamualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh dan Salam Sejahtera.

        Saya  ingin  mengucap  syukur  kehadrat Yang  Maha  Esa,  dengan  izinNya  kita  mampu
        menghadapi segala cabaran yang mendatang.
        Umum  sedia  maklum  bahawa  Persatuan  Ibu  Bapa  Guru  (PIBG)  adalah  merupakan
        anggota  sekolah  yang  tidak  dapat  dipisahkan,  malahan  hari  ini  PIBG  itu  mempunyai
        peranan  dan  tanggungjawab  sebagai  salah  satu  elemen  yang  diperlukan  oleh  pihak
        sekolah dalam membantu pembangunan sekolah secara menyeluruh. Ini menyebabkan
        sumbangan  dn  ikhtiar  daripada  PIBG  sangat-sangat  diperlukan  untuk  pembangunan
        sekolah secara menyeluruh.

        Sungguhpun begitu PIBG itu adalah merupakan sebuah pertubuhan yang didaftarkan di
        bawah peruntukan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). Oleh yang demikian pengurusan
        PIBG itu sudah pasti melibatkan segala peraturan yang telah disediakan sebelum ini.
        Namun  demikian  peraturan  umum  yang  dikeluarkan  sebelum  ini  telah  menimbulkan
        berbagai-bagai tafsiran di kalangan mereka yang terlibat dengan PIBG.

        Bagi menangani isu tersebut, inisiatif mengeluarkan garis panduan pengurusan PIBG ini
        akan dapat memperjelas dan melicinkan lagi segala tindakan di peringkat operasi nanti.

        Oleh  yang  demikian  saya  berharap,  jadikanlah  garis  panduan  ini  sebagai  penentu
        kepada keputusan di peringkat pelaksana untuk membuat tindakan. Dengan itu segala
        kemusykilan yang terlibat dengan pengurusan PIBG ini dapat dikurangkan dan sekali gus
        dapat meringankan segala bebanan yang ditanggung oleh mereka yang terlibat dengan
        pengurusan PIBG ini.

        Di kesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada mereka yang telah
        memberikan sumbangan dan buah fikiran sama ada secara langsung atau tidak langsung
        dalam usaha menyediakan garis panduan PIBG ini. Semoga dengan pengorbanan tuan/
        puan/saudara/saudari itu akan dapat menjana pengurusan PIBG yang lebih berkesan
        lagi.



        Wasalammualaikum Wawrahmatullahi Wabarakatuh.






        Y. BHG. TAN SRI DATO’ HAJI ALIMUDDIN BIN HAJI MOHD. DOM



            2
   1   2   3   4   5   6   7