Page 41 - BUKU PANDUAN PIBG
P. 41

6.5   SENARAI TUGAS AHLI JAWATANKUASA / BIRO

                    6.5.1   Pengetua/Guru Besar selaku Ahli Ex-Officio:
                           (1)  Mewakili pihak jabatan dan kementerian bagi mengawal
                               dan  menasihati  PIBG  supaya  segala  kegiatan  dan
                               keputusan  yang  dibuat  dalam  mesyuarat-mesyuarat
                               PIBG    tidak   bercanggah   dengan   kepentingan
                               perkhidmatan,  dasar-dasar  negara  dan  dasar-dasar
                               mengenai  pendidikan  serta  hal-hal  berkaitan  dengan
                               pentadbiran sekolah dan jabatan.
                           (2)  Secara  automatik  menjadi  ahli  PIBG  dan  menduduki
                               jawatankuasa tanpa dipilih atau dilantik dalam Mesyuarat
                               Agung tetapi tidak terlibat dalam pengundian.
                           (3)  Mengambil  tahu  semua  aktiviti  PIBG  dan  melaporkan
                               kepada Pendaftar Sekolah sekiranya terdapat sebarang
                               kegiatan  atau  keputusan  yang  bertentangan  dengan
                               kaedah-kaedah penubuhannya.
                           (4)  Memastikan  semua  undangan  tokoh  untuk  perasmian
                               majlis  anjuran  PIBG  mengikut  prosedur  pekeliling
                               semasa.
                           (5)  Melaksanakan  arahan-arahan  yang  dikeluarkan  dari
                               semasa ke semasa oleh Pendaftar berhubung dengan
                               pengurusan PIBG sekolah masing-masing.
                    6.5.2   Yang Dipertua
                           (1)  Menjalankan tugas berdasarkan perlembagaan PIBG.

                           (2)  Mempengerusikan  Mesyuarat  Agung  dan  Mesyuarat-
                               Mesyuarat Jawatankuasa PIBG.
                           (3)  Memastikan Mesyuarat Agung dan Mesyuarat-Mesyuarat
                               Jawatankuasa diadakan mengikut kehendak-kehendak
                               Perlembagaan.

                           (4)  Menandatangani  minit-minit  mesyuarat  yang  telah
                               diluluskan.
                           (5)  Menjadi salah seorang penandatangan cek-cek PIBG.

                           (6)  Memastikan segala program PIBG induk dan biro-biro
                               dilaksanakan seperti dijadualkan.
                           (7)  Mendapatkan  nasihat  mengenai  pengurusan  PIBG
                               daripada Pengetua/Guru Besar selaku Ex-Officio.

                                                                        41
   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46