Page 44 - BUKU PANDUAN PIBG
P. 44
(7) Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa biro sekurang-
kurangnya emat kali dalam setahun mengikut keperluan
PIBG.
(8) Mendapatkan nasihat Yang Dipertua dan Pengetua/
Guru Besar selaku Ex-Officio dari semasa ke semasa
untuk meningkatkan pengurusan biro yang diketuainya.
6.5.8 Ahli-ahli Biro
(1) Membantu merancang menyelaras dan melaksanakan
segala aktiviti biro.
(2) Melaksanakan tugas yang ditentukan oleh Ketua Biro
dari semasa ke semasa.
(3) Ahli-ahli biro boleh dilantik daripada ahli-ahli biasa PIBG.
6.5.9 Ahli PIBG
(1) Menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan.
(2) Memberikan kerjasama yang erat kepada Jawatankuasa
PIBG serta biro-biro yang ditubuhkan.
(3) Berusaha memberikan sumbangan kewangan, material,
idea dan tenaga dalam segala aktiviti PIBG.
6.6 Borang Pelaksanaan
6.6.1 Kepelbagaian Kegiatan
Jawatankuasa PIBG hendaklah berusaha mempelbagai dan
mempertingkatkan kegiatannya menerusi penubuhan biro-
biro tertentu selari dengan perancangan sekolah Penubuhan
biro-biro ini hendaklah dibuat dalam Mesyuarat Jawatankuasa
PIBG.
6.6.2 Biro-Biro Yang DIcadangkan
(1) Akademik
(2) Kokurikulum
(3) Bina Insan
(4) Disiplin
(5) Keceriaan/Keselamatan
44

