Page 42 - BUKU PANDUAN PIBG
P. 42

6.5.3   Naib Yang Dipertua
                           (1)  Membantu  Yang  Dipertua  dalam  segala  aspek
                               perancangan pelaksanaan dan pengurusan PIBG.
                           (2)  Menjalankan tugas Yang Dipertua semasa ketiadaannya.
                           (3)  Menjadi pengerusi biro tertentu jika dilantik.
                           (4)  Menjalankan  tugas-tugas  yang  ditentukan  oleh  Yang
                               Dipertua dari semasa ke semasa.

                    6.5.4   Setiausaha
                           (1)  Bertanggungjawab  sepenuhnya  dalam  semua  urusan
                               pentadbiran  PIBG  serta  hal  surat-menyurat  biasa  dan
                               panggilan  mesyuarat,  mengadakan  sistem  fail  yang
                               kemas  kini  berhubung  dengan  pengurusan  segala
                               dokumen, risalah serta rekod-rekod PIBG.
                           (2)  Menentukan agenda, tarikh, masa dan tempat mesyuarat
                               bersama  Yang  Dipertua  dan  Pengetua/Guru  Besar
                               selaku  Ex-Officio  serta  menyediakan  edaran  untuk
                               dibentangkan semasa mesyuarat.

                           (3)  Menyediakan  Minit  Mesyurat  Agung  dan  Mesyuarat
                               Jawatankuasa dan mengedarkannya apabila diperlukan.
                           (4)  Menghantar  maklumat/dokumen  tertentu  dari  semasa
                               ke semasa kepada Pendaftar Sekolah-sekolah Negeri,
                               misalnya  senarai  Jawatankuasa  PIBG  dan  Minit
                               Mesyuarat Agung selepas mesyuarat berkenaan.

                           (5)  Menjadi salah seorang penandatangan cek-cek PIBG.
                           (6)  Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Yang
                               Dipertua  dan  Pengetua/Guru  Besar  selaku  Ex-Officio
                               dari semasa ke semasa.
                    6.5.5   Bendahari

                           (1)  Bertanggungjawab  penuh  mengurus  dan  mengawal
                               hal  ehwal  kewangan  persatuan  dengan  menyedia
                               dan menyimpan Kira-kira Kewangan yang kemas kini.
                               Penyata  Kira-kira  bagi  tiap-tiap  tahun  kewangan  (1
                               Januari – 31 Disember) hendaklah disiapkan sebelum
                               1 Februari tahun berikutnya untuk diaudit. Penyata Kira-
                               kira yang telah diaudit itu hendaklah dikemukakan untuk
                               kelulusan  Mesyuarat  Agung  Tahunan.  Satu  salinan
                               penyata yang telah diaudit dan diluluskan oleh Mesyuarat


           42
   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47