Page 64 - BUKU PANDUAN PIBG
P. 64

6.9.3   Prosedur Penyelenggaraan Buku Tunai

                           Bendahari bertanggungjawab untuk sentiasa mengemas kini
                           akaun melalui penyelengaraan Buku Tunai yang lengkap dan
                           teratur. Antara perkara yang perlu diberikan perhatian ialah:

                           (1)  Tiap-tiap catatan dalam Buku Tunai hendaklah mengikut
                               susunan  urusan  berlaku  dan  hendaklah  disokong
                               dengan  resit  yang  diterima  atau  baucer  pembayaran
                               yang sepatutnya.

                           (2)  Pad  akhir  tiap-tiap  bulan,  urusan  bank  yang  direkod
                               dalam  Buku Tunai  hendaklah  disemak  dengan  jumlah
                               wang keluar masuk seperti yang terdapat dalam Penyata
                               Bank  bulan  berkernaan.  Satu  Penyata  Penyesuaian
                               mengenainya hendaklah disesuaikan. Buku Tunai yang
                               diselenggarakan  tiap-tiap  akhir  bulan  itu  hendaklah
                               ditandatangani oleh Bendahari dan disahkan oleh Yang
                               Dipertua PIBG.
                           (3)  Tiada apa-apa pindaan atau pemadaman angka boleh
                               dibuat di Buku Tunai, baucer atau dokumen akaun yang
                               lain.  Jika  apa-apa  pembetulan  diperlukan,  angka  asal
                               yang  salah  itu  hendaklah  digaris  dengan  satu  garisan
                               sahaja  untuk  menunjukkan  dengan  terang  apakah
                               angka yang dicatat pada asalnya, dan angka yang betul
                               ditulis di atasnya. Pembetulan seumpama itu hendaklah
                               ditandatangani ringkas oleh Bendahari.


























           64
   59   60   61   62   63   64   65   66   67   68   69