Page 1231 - bahan pss1
P. 1231
IV. Membaca Sendiri
A. Pengenalan
Kanak-kanak belajar membaca dengan melihat orang lain membaca.Tujuan
utama program mmbaca ialah untuk menghasilkan pembaca yang boleh
membaca sendiri.Semua kanak-kanak dari awal lagi perlu diberi peluang
membaca sendiri.
B. Tujuan
Kanak-kanak boleh
1. Berlatih dan membentuk keyakinan membaca.
2. Mencuba,menilai cara mereka membaca dan belajar daripada kesalahan.
3. Fokus kepada perkara yang meraka perlu latihan.
C. Hasil
Memastikan kanak-kanak
1. Ada masa untuk memilih buku.
2. Ada peluang untuk membaca semula buku yang mereka suka semasa
membaca bersama
3. Boleh memilih jenis buku dan pengarang yang mereka minati
4. Boleh belajar memilih teks mengikut kebolehan mereka.
D. Sebelum menentukan
1. Murid menentukan
- apa yang hendak dibaca
- mengapa membaca
2. Peranan guru
- menyediakan masa untuk membaca (USSR)
- memastikan banyak bahan bacaan
- beri masa untuk murid memilih buku
3. Galakkan murid
- melihat
- berfikir
- meramal
- menentukan bagaimana membaca
E. Semasa membaca
1. Baca teks.
2. Murid perlu melihat guru juga membaca.
3. Semua orang membaca.
F. Selepas Membaca
1. Buat renungan dan membuat catatan/ rekod dengan menghasilkan peta
minda. Aktiviti ini memerlukan murid melihat semula teks.
2. Berkongsi maklumat.

