Page 1229 - bahan pss1
P. 1229
III Membaca Berpandu
A. Pengenalan
Membaca berpandu ialah aktiviti membaca yang membolehkan guru memehati
kumpulan kecil (tidak lebih daripada 10 orang). Kumpulan ini membaca buku yang
ditentukan oleh guru. Guru memberi soalan,perkara perbincangan dan panduan.
B. Tujuan
1. Membentuk keyakinan memdapatkan maklumat dari buku.
2. Memudahkan perbincangan yang dapat membentuk kefahaman.
3. Menggunakan bahan untuk kemahiaran membaca yang tertentu.
C. Hasil
Guru dapat,
1. Melihat strategi yang digunakan oleh murid
2. Membantu murid membaca dengan tujuan
3. Membantu murid membuat renungan
4. Merangsang murid untuk membaca
5. Melihat reaksi murid kepada teks
D. Sebelum membaca
1. Guru tentukan
- Apa yang hendak dibaca
- Mengapa dibaca
2. Tentukan kumpulan untuk tujuan yang ditetapkan
3. Tentukan objektif pembacaaan
4. Pilih bahan bacaan yang sesuai
5. Bincangkan tujuan membaca.Beri bahan kepada setiap ahli kumpulan
6. Bincangkan kulit buku dan judul
7. Galakkan murid
- Lihat
- Bercakap
- Berkongsi
- Meramal
8. Sediakan pengetahuan asas yang dapat membantu murid memahami teks.
E. Semasa membaca
1. Baca teks bersama/ sendiri mengikut objektif pembacaan
2. Beri soalan dan murid membaca senyap untuk mencari jawapan. Murid yang
dapat menjawab dahulu diminta membuat soalan seterusnya.
3. Bincangkan teks melalui jawapan yang diberi
4. Bincangkan bagaimana untuk memahami teks
5. Bincangkan perasaan murid mengenai teks
6. Baca semula teks
F. Selepas membaca
1. Buat renungan
2. Bincang teks berpasangan
3. Buat peta cerita,peta minda
4. Cerita semula teks

