Page 101 - MODUL POTENSI LULUS BM SPM 2019 - KERTAS 2
P. 101

SKEMA  JAWAPAN
            SET 1 -3
            TING.5 :  PUISI : SEJADAH RINDU
            (i)    2 perkara
                   -  Mengungkap / melafazkan kalimah suci
                   -  Berasa insaf / timbul keinsafan
                   -  Mengenang dosa-dosanya yang terdahulu
                                                                                                   [2 markah]
            (ii)   Kesan-kesan positif
                   -  Tidak mengulangi kesalahan       / sentiasa berhati-hati dalam  tindakan
                   -  Berazam menjadi orang baik / mendekati diri dengan Tuhan /sentiasa bertaubat
                   -  Memperoleh ketenangan jiwa
                   -  Mendapat ramai sahabat / dihormati masyarakat
                   -  Sentiasa berfikiran terbuka / rasional
                   -  Kesalahan lalu dijadikan teladan
                                                                                     Isi cukup: 2 isi[3 markah]
            (iii)   2 nilai
                   -  Keinsafan - penyajak menginsafi segala kesalahannya yang lalu
                   -  Kegigihan - penyajak bersungguh-sungguh dan gigih untuk mendapatkan keampunan
                       sebelum meninggal dunia
                   -  Keikhlasan - penyajak bertaubat dengan penuh keikhlasan sehingga menitiskan air mata
                   -  Ketaatan - penyajak taat kepada Pencipta dan berharap akan mendapat pengampunan
                       daripada Penciptanya
                   -  Kemaafan -   penyajak   memohon   kemaafan   daripada Tuhannya
                   -  Kesedaran - penyajak sedar akan kehidupan di dunia hanya sementara
                                                                                    Isi cukup: 2 isi [4 markah]
            SKEMA  JAWAPAN
            SET 2 -1
            TING.5 :  SAJAK  - ERTI HIDUP BERERTI
            (i)    Perkara yang hendak disampaikan oleh penyajak dalam rangkap 1 ialah:
                   -  Penyajak berasa sunyi
                   -  Keadaan tersebut masih sama pada hari berikutnya
                   -  Tiada sesiapa yang datang menziarahinya.                      Isi cukup: 2 isi [2 markah]
            (ii)   Sebagai ahli masyarakat yang prihatin, cara-cara untuk memastikan warga tua di rumah
                   orang-orang tua tidak berasa sunyi ialah:
                   -  Menziarahi mereka secara berkala
                   -  Memberikan hadiah pada tarikh-tarikh penting
                   -  Mengadakan aktiviti bersama-sama mereka
                   -  Mengadakan jamuan makan / meraikan hari-hari penting
                   -  Menghiburkan hati mereka dengan cerita-cerita menarik
                   -  Membantu mereka melakukan kerja-kerja harian                  Isi cukup: 2 isi[3 markah]
            (iii)   Dua pengajaran daripada sajak Erti Hidup Bererti:
                   -   Kita mestilah menghargai jasa dan pengorbanan ibu bapa kita agar penat lelah mereka
                       selama ini dapat dibalas. (1+1)
                   -   Kita hendaklah sentiasa menziarahi ibu bapa kita supaya mereka tidak berasa sunyi. 1+1)
                   -   Kita perlulah menjaga ibu bapa kita setelah mereka tua supaya kebajikan mereka
                       terjamin. (1+1)
                   -   Kita hendaklah sedar bahawa tiada yang kekal di dunia kecuali Tuhan agar kita
                       menghargai orang di sekeliling kita. (1+1)
                   -   Kita hendaklah memaafkan kesalahan orang lain walaupun mereka tidak bersikap baik
                       dengan kita supaya permusuhan tidak berpanjangan. (1+1)
                                                                                    Isi cukup: 2 isi [4 markah]


                                                                                              Muka surat | 101
   96   97   98   99   100   101   102   103   104   105   106