Page 106 - MODUL POTENSI LULUS BM SPM 2019 - KERTAS 2
P. 106
SKEMA JAWAPAN
SET 4 -3
TING.4: SAJAK - SANG GEMBALA KUDA
i. Apakah maksud frasa ‘Cemeti keberanian di tangan’.
pemimpin mempunyai kuasa/autoriti/wewenang
[2 markah]
ii. Masalah penyalahgunaan kuasa telah menjadi satu wabak penyakit yang telah lama menular
dalam kehidupan masyarakat.
kesannya kepada negara jika masalah tersebut tidak dibendung.
- rasuah semakin berleluasa
- negara akan mundur dan rakyat akan lebih miskin akibat penindasan
- berlakunya penentangan rakyat terhadap pemerintah.
Isi cukup: 2 isi [3 markah]
iii. dua persoalan yang diketengahkan dalam sajak.
- kebijaksanaan seorang pemimpin untuk mengekalkan kuasanya.
- kesetiaan orang bawahan terhadap pemimpin kerana habuan.
- kekuasaan mampu mengawal orang bawahan dan mengekalkan kedudukan.
- keberanian seorang pemimpin menghadapi pelbagai cabaran.
- penganiayaan terhadap orang bawahan untuk mengekalkan kuasa.
Isi cukup: 2 isi beserta keterangan atau contoh,[4 markah]
SKEMA JAWAPAN
SET 5 - 1
TING.4: SAJAK - www.sibermerdeka.com.my
i. ‘apabila sibermerdeka sampai ke rumah cabaranku’?
- penyajak mengajak dirinya sama ada untuk berbincang, menyokong, berkecuali, atau
menentang cabaran yang dihadapi
- penyajak mengetahui batas/had diri supaya tidak mengulangi kekalahan
[2 markah]
ii. cara untuk membantu golongan kurang berada keluar daripada belenggu kemiskinan?
- memberi bantuan modal /kewangan untuk memulakan perniagaan
- menghantar mereka menjalani kursus kemahiran
- memberikan peluang pekerjaan kepada mereka
- memberikan khidmat nasihat kepada mereka untuk menceburi pertanian moden.
Isi cukup: 2 isi[3 markah]
iii. dua persoalan yang terdapat dalam sajak
- Persoalan kepentingan merancang kehidupan.
Penyajak telah membuat pelbagai perancangan yang akan dilakukan bagi menyelesaikan
segala masalah / kesusahan yang dihadapinya. (1+1)
- Persoalan kegigihan untuk menyelesaikan masalah
Dalam pemikiran penyajak, dia mencuba memikirkan cara untuk mengatasi masalahnya
agar dirinya tidak mudah dipermainkan oleh orang lain. (1+1)
- Persoalan cara menjalani hidup dengan bermanfaat.
Penyajak menasihati pembaca agar tidak mensia-siakan hidup sebaliknya pembaca wajar
mendekati Tuhan. (1+1)
Isi cukup: 2 isi [4 markah]
Muka surat | 106

