Page 105 - MODUL POTENSI LULUS BM SPM 2019 - KERTAS 2
P. 105
SKEMA JAWAPAN
SET 4 -2
TING.4: SAJAK - SANG GEMBALA KUDA
(i) Dua tindakan kejam yang dilakukan oleh lelaki yang bergelar perkasa terhadap kudanya
ialah
- menghalau dan merembat kuda-kuda yang ada di padang dengan cemeti (rotan panjang-
alat untuk mengawal kuda) supaya segera masuk ke dalam kandang.
- Setelah kenyang, kuda-kuda ini dijadikan tunggangan lasak untuk menjejaki kuda yang
lain.
- Sang gembala hanya mahu kudanya berlari dengan kencang tanpa mengambil kira
kepenatan kuda yang ditunggangnya
- Semua kudanya terus ditunggangi berulang kali tanpa belas kasihan
Isi cukup: 2 isi
[2 markah]
(ii) Pada pendapat saya, langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh pelbagai pihak untuk
memajukan sukan berkuda di negara kita ialah
- Kerajaan perlu menubuhkan/mewujudkan kompleks sukan berkuda negara. Tujuan untuk
menarik minat peserta.
- Persatuan Sukan Berkuda Amatur perlu diaktifkan aktiviti/ mengatur aktiviti yang lebih
intensif. Tujuannya untuk menganjurkan sukan berkuda yang lebih maju. 2
- Kerajaan perlu menyediakan dana yang mencukupi. Tujuannya adalah untuk
meningkatkan mutu sukan berkuda.
- Kerajaan perlu banyak menganjurkan pertandingan sukan berkuda. Tujuannya untuk
menggalakkan mutu sukan berkuda.
- Atlet sukan berkuda perlu menerima latihan yang intensif. Tujuannya supaya sukan
berkuda lebih cekap.
- Kerajaan perlu menyediakan ganjaran yang lumayan. Tujuannya untuk menggalakkan
atlet bekerja keras untuk mencapai kemenangan.
- Persatuan Sukan Berkuda Amatur perlu menyediakan jurulatih professional. Tujuannya
adalah untuk mengajar para atlet sukan berkuda.
Isi cukup: 2 isi
[3 markah]
(ii) Nilai murni yang terdapat dalam sajak di atas ialah:
- Nilai keberanian.
- Contoh : gembala kuda berani meredah hutan mencari kuda liar/ menunggang kuda yang
penuh risiko. (1+1)
- Nilai kerajinan
- Contoh : gembala kuda rajin mencari makanan untuk kudanya. (1+1)
- Nilai berdikari
- Contoh : penjaga kuda berdikari menjaga kuda yang dibelanya. (1+1)
- Nilai kepatuhan
- Contoh : kuda-kuda patuh kepada tuannya. (1+1)
- Nilai ketabahan
- Contoh : penjaga tabah menghadapi cabaran membela kuda. (1+1)
- Nilai kasih sayang
- Contoh : gembala kuda sayang akan kudanya dengan memberi makanan jerami dan
rumput kepada kudanya. (1+1)
Isi cukup: 2 isi
[4 markah]
Muka surat | 105

