Page 107 - MODUL POTENSI LULUS BM SPM 2019 - KERTAS 2
P. 107
SKEMA JAWAPAN
SET 5 - 2
TING.4: SAJAK - www.sibermerdeka.com.my
(i) Maksud rangkap kelima:
Penyajak telah mempersiapkan dirinya jika berhadapan dengan sesuatu masalah-perlu berani
menghadapi sesuatu yang tidak dijangka akan terjadi dalam kehidupannya.
[2 markah]
(ii) Persediaan yang seharusnya kita lakukan:
- Mendalami ilmu duniawi dan ukhrawi untuk menangkis cabaran / pengaruh negatif
- Meningkatkan jati diri agar tidak mudah terpengaruh
- Memiliki kemahiran yang diperlukan
- Sentiasa bermuhasabah dan membaiki kelemahan diri
Isi cukup: 2 isi [3 markah]
(iii) Dua pengajaran:
- Kita hendaklah membina pendirian yang teguh – dengan persediaan yang dilakukan iaitu
kekuatan semangat, bermusahabah diri, perancangan hidup, ilmu pengetahuan, dan peka
kepada isu semasa, penyajak tidak mudah terpengaruh dan terpedaya. (1+1)
- Kita hendaklah sentiasa bermuhasabah diri dan peka terhadap isu semasa – penyajak
memikirkan kembali kesusahan dan kesenangan yang telah dialami serta mencari
rasionalnya untuk membaiki kehidupannya. (1+1)
- Kita hendaklah sedar dan membaiki kesilapan yang telah dilakukan – penyajak juga
pernah terpedaya namun cepat sedar lalu membaiki kesilapannya itu. (1+1)
- Perkara yang hendak dilakukan mestilah mengikut kemampuan – apa-apa keputusan dan
pekerjaan yang dilakukan perlulah mengikut kemampuan diri supaya usaha berjaya. (1+1)
Isi cukup: 2 isi [4 markah]
SKEMA JAWAPAN
SET 5 - 3
TING.4: SAJAK - www.sibermerdeka.com.my
iv. Maksud oleh penyajak dengan baris yang tak diduga klimaksnya
- Tidak disangka kemuncaknya
[2 markah]
v. Peribahasa“Pisang berbuah dua kali”jelas menunjukkan bahawa manusia sering
melakukan kesilapan yang berulang.
Manusia sering melakukan kesilapan yang berulang
- Manusia sibuk mencari keseronokan tanpa memikirkan impak negatifnya.
- Mudah terpengaruh oleh pengaruh persekitaran
- Tiada bimbingan daripada pihak yang boleh membantu
- Tidak pernah mengambil iktibar daripada kesilapan lalu
Isi cukup: 2 isi, [3 markah]
vi. dua nilai yang terdapat dalam sajak di atas.
- Nilai rasional
Cth: Penyajak berfikiran rasional apabila menasihati pembaca agar tidak mensia-
siakan hidup sebaliknya pembaca wajar mendekati Tuhan. (1+1)
- Nilai kegigihan
Cth: Dalam pemikiran penyajak, dia mencuba memikirkan cara untuk mengatasi
masalahnya agar dirinya tidak mudah dipermainkan oleh orang lain. (1+1)
- Nilai keinsafan
Cth: Penyajak cepat insaf / tersedar akan kesalahannya seterusnya mengambil
langkah berjaga-jaga agar tidak terperdaya lagi. (1+1)
Isi cukup: 2 isi [4 markah]
Muka surat | 107

