Page 112 - SK TAMAN DAYA 2 TAHUN 2020
P. 112

P E N G U R U S A N   2 0 2 0




               Contoh pelanggaran:
                  1.  Tidak mengelakkan dirinya daripada bergaul terlalu rapat dengan mereka yang jelas akan
                      mendapat keuntungan daripada tugas rasmiya
                  2.  Tidak  mengelak  diri  daripada  menerima  hadiah  yang  berharga  daripada  syarikat,  ahli
                      perniagaan atau individu
                  3.  Memproses, menimbang atau meluluskan sesuatu permohonan daripada ahli keluarganya
               Tidak  Berkelakuan  Dengan  Cara  Yang  Boleh  Menimbulkan  Syak  Yang  Munasabah  Bahawa
               Pegawai Telah Membiarkan  Kepentingan Peribadinya Bercanggah Dengan Tugas Rasmi Sehingga
               Menjejaskan Kegunaan Sebagai Penjawat Awam
               Contoh pelanggaran:
                  1.  1.Tidak mengambil tindakan terhadap seseorang yang telah melanggar sesuatu peraturan
                      dengan tujuan mendapat ganjaran daripadanya
                  2.  Berhutang dengan seorang lembaga pengarah yang syarikatnya ada memohon tanah untuk
                      tapak kilang di daerah yang berada di bawah petadbiran pegawai atau isteri pegawai adalah
                      seorang ahli lembaga pengarah syarikat tersebut
               Tidak  Akan  Menggunakan  Kedudukan  Sebagai  Penjawat  Awam  Sebagai  Pegawai  Awam  Bagi
               Faedah Diri Sendiri
               Contoh pelanggaran  :
                  1.  menggunakan  kenderaan  jabatan  sebagai  kemudahan  peribadi  untuk  pergi  dan  balik
                      pejabat, menhantar anak ke sekolah dan sebagainya
                  2.  Menggunakan pengaruh kdudukan untuk mengubah lot tanah yang telah diluluskan kepada
                      isterinya sedangkan pegawai tidak diberi kuasa berbuat demikian
               Tidak  Akan  Berkelakuan  Dengan  Cara  Yang  Boleh  Memburuk  Dan  Mencemarkan  Nama
               Perkhidmatan Awam
               Contoh pelanggaran :
                  1.  Terlibat dengan penyalahgunaan dadah
                  2.  Disabitkan atas kesalahan jenayah/mahkamah syariah
                  3.  Berada dalam keterhutangan kewangan yang serius
                  4.  Sengaja melengahkan kelulusan permohonan lesen daripada orang ramai
                  5.  Bersikap  kurang  sopan  seperti  mabuk  atau  memarahi  dan  memaki  orang  ramai  yang
                      berurusan di kaunter
               Tidak  Akan  Membawa  Sebarang  Pengaruh  Atau  Tekanan  Luar  Untuk  Menyokong  Atau
               Memajukan Tuntutan Diri Sendiri Atau Pegawai Lain Berhubung Dengan Perkhidmatan Awam
               Contoh pelanggaran:
                  1.  Meminta  orang  kenamaan  untuk  mnggunakan  jasa  baiknya  mempengaruhi  Lembaga
                      Kenaikan Pangkat
                  2.  Meminta  bantuan  ahli  politik  untuk  menyokong  permohonan  bagi  mendapatkan  tanah
                      kerajaan, rumah atau jawatan
               Tidak  Ingkar  Perintah  Atau  Berkelakuan  Dengan  Cara  Yang  Boleh  Ditafsirkan  Sebagai  Ingkar
               Perintah
               Contoh pelanggaran :
                  1.  Membantah atau melawan pegawai atasan
                  2.  Membawa keluar fail terperingkat jabatan tanpa kebenaran
                  3.  Keluar negara atau urusan pserendirian tanpa kelulusan
                  4.  Mengambil bahagian aktif dalam politik tanpa kebenaran



               112 | S K T D 2
   107   108   109   110   111   112   113   114   115   116   117