Page 107 - SK TAMAN DAYA 2 TAHUN 2020
P. 107
P E N G U R U S A N 2 0 2 0
7. TANGGUNGJAWAB/KOMITMEN GURU
7.1 Pentadbiran Kewangan
7.1.1 Pungutan Wang Keperluan Sekolah
Serah terus wang kepada Pembantu Tadbir. Jangan simpan. Isi resit untuk murid
dengan segera dan serah ke pejabat. Rekodkan pembayaran dalam buku kedatangan
murid mengikut ruang yang ditetapkan dengan betul.
7.1.2 Pembelian Keperluan P&P
Setiap pembelian keperluan untuk tujuan P&P panitia mata pelajaran, mestilah
dibuat melalui Ketua Panitia dan Guru Besar, GPK akan menentukan pesanan dan
pembelian diluluskan (bergantung kepada kewangan dan kemampuan).
7.2 Disiplin dan pergerakan murid.
7.2.1 Galakkan murid-murid supaya memikirkan ‘akibat’ dari melakukan sesuatu yang
melanggar peraturan/bertentangan. Ini akan menghindarkan mereka daripada
dikenakan tindakan disiplin.
7.2.2 Semua murid bertanggungjawab menjaga kebersihan, keselesaan dan keselamatan
bilik darjah setiap masa. Guru yang mengajar waktu akhir setiap sesi mesti
memastikan murid-murid membersihkan dan mengemaskinikan kelas 10 minit
sebelum balik.
7.2.3 Guru tidak dibenarkan menghukum, mendera, menggunakan kata-kata kasar, dan
kesat kepada murid. Segala masalah berkaitan hukuman hendaklah dirujuk kepada
Guru Besar/ Guru Penolong Kanan HEM dan GPK Ko-kurikulum.
7.2.4 Keselamatan murid sentiasa diberi keutamaan semasa berada dalam kawasan
sekolah, bilik pembelajaran dan bilik-bilik khas (Makmal Sains/KH). Guru-guru
hendaklah sentiasa berada bersama-sama murid.
7.2.5 Guru-guru hendaklah sentiasa memberi ingatan dan teguran kepada murid supaya
menjaga keselamatan diri semasa di sekolah atau di luar sekolah terutama di atas
jalan raya.
7.2.6 Murid yang dikenal pasti menghidap penyakit seperti semput/lelah, gila babi,
jantung berlubang (surat doktor/permohonan ibu bapa), tidak sempurna anggota
hendaklah dikecualikan daripada menyertai PJK/sukan. Jika terdapat murid sakit,
guru bertugas hendaklah mengambil tindakan sewajarnya.
7.2.7 Guru-guru tidak boleh membenarkan murid balik awal tanpa kebenaran Guru Besar.
7.2.8 Pergerakan murid semasa sedang belajar harus pada tahap minimum.
7.2.9 Sekiranya murid perlu keluar kerana arahan guru pastikan murid memakai ‘pas
keluar’.
7.2.10 Guru hendaklah memastikan murid yang keluar ke tandas kerana ‘darurat’. Murid
perempuan dibenarkan ke tandas bersama kawan (tidak boleh berseorangan).
7.3. Buku Rekod Kedatangan Murid.
7.3.1 Hanya guru sahaja dibenarkan menandakan dan mengisi butiran dan kedatangan
murid. Kehadiran murid mestilah di tanda pada awal pagi setiap hari persekolahan.
7.3.2 Pastikan semua maklumat dan butiran murid sentiasa dikemas kini dan
dilengkapkan dengan tepat dan betul. Semak, lengkapkan dan tutup buku
kedatangan murid setiap akhir bulan dan ditandatangani.
7.3.3 Hantar ke pejabat setiap hari sebelum jam 8.00 pagi.
107 | S K T D 2

