Page 108 - SK TAMAN DAYA 2 TAHUN 2020
P. 108

P E N G U R U S A N   2 0 2 0




                      7.3.4  Laporkan ke pejabat (GPK HEM/Guru Besar) sekiranya terdapat murid yang tidak
                             hadir lebih dari 3 hari tanpa kenyataan untuk tindakan selanjutnya.
               7.4    Buku Rekod Persediaan Mengajar.
                      7.4.1  Ia merupakan dokumen penting sebagai ukuran tentang profesionalisme,mutu kerja
                             serta taraf seorang guru. Ia merupakan rekod rasmi berterusan P&P dan maklumat
                             berkenaan pencapaian serta kemajuan murid yang diajar.
                      7.4.2  Guru  bertanggungjawab  menyelia,  menyusun,  mengisi,  serta  merekodkan  segala
                             maklumat berkaitan P&P yang diajar
                      7.4.3  Maklumat  asas  seperti  surat-surat  Pekeliling  Ikhtisas,  tatasusila  profesion,  tugas-
                             tugas guru dan sukatan pelajaran. Peruntukan masa pengajaran mestilah diteliti dan
                             difahami dengan jelas oleh guru.
                      7.4.4  Butir-butir  diri  guru,  jadual  waktu,  senarai  tugas,  takwim  sekolah,  senarai  cuti,
                             sasaran  tahunan  P&P,  rancangan  tahunan,  rancangan  harian,  rekod  aktiviti
                             guru/pencapaianperingkat  (di  sekolah  dan  di  luar),  penggunaan  buku  rujukan,
                             perbincangan  profesional,  ulasan  penyeliaan  serta  markah  kemajuan  dan
                             pencapaian  murid  mestilah  dilengkapkandengan  kemas  mengikut  garis  panduan
                             yang diberi.
                      7.4.5  Rancangan Kerja Tahunan boleh difotokopi (mesti jelas) untuk dilekatkan dengan
                             kemas. Walau bagaimanapun, tulisan tangan yang kemas, komputer, dan bertaip
                             amat digalakkan.
                      7.4.6  Buku Rekod Persediaan Mengajar hendaklah dihantar kepada Guru Besar/ GPK pada
                             setiap hari Jumaat sebelum balik.
                      7.4.7  Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1999
                             Penyediaan rekod pengajaran dan pembelajaran.
                                    -  Rancangan pelajaran tahunan.
                                    -  Rancangan pelajaran harian.
                                    -  Hendaklah  diurus  dengan  sempurna  dan  dapat  dikemukakan  dengan
                                        serta merta apabila dikehendaki………….
                             **** Penalti : Guru tidak melebihi RM 5,000.00/3 bulan penjara/ kedua-duanya.
                             Guru Besar tidak melebihi RM 500.00/3 bulan penjara/ kedua-duanya.
               7.5.   Menghadiri mesyuarat.
                      7.5.1  Panggilan mesyuarat dilakukan dengan pengetahuan dan kebenaran pentadbiran
                             pemberitahuan/panggilan  mesyuarat  perlu  diedarkan  sekurang-kurangnya  sehari
                             sebelum mesyuarat dijalankan supaya semua         dapat  membuat  persediaan.
                             Catatan mesyuarat/kehadiran mesti dicatat.
                      7.5.2  Semua mesyuarat yang diadakan di peringkat Sekolah/PPD/JPN/Kementerian adalah
                             wajib dihadiri. Sekiranya ada  sesuatu halangan/masalah, pengganti perlu dicari. Sila
                             maklumkan secara rasmi kepada Gurur Besar.
                      7.5.3  Semua keputusan mesyuarat di luar kawasan sekolah hendaklah dilaporkan kepada
                             GPK/Guru Besar dalam Minit Curai (format laporan disediakan).
               7.6.   Kursus-kursus profesionalisme.
                      7.6.1  Semua  guru  akan  ditentukan  mengikut  keperluan  apa  jua  kursus  yang  berkaitan
                             dengan  profesion,  yang  dianjurkan  oleh  Kementerian  Pelajaran,  Jabatan-jabatan,
                             PPD  yang  berkaitan  dengannya.  Semua  dapatan  kursus  B  wajib  disebarluaskan





               108 | S K T D 2
   103   104   105   106   107   108   109   110   111   112   113