Page 109 - SK TAMAN DAYA 2 TAHUN 2020
P. 109
P E N G U R U S A N 2 0 2 0
kepada rakan sejawatan. Satu salinan Minit Curai hendaklah diserahkan kepada
Guru Besar.
7.6.2 Guru-guru digalakkan meningkatkan taraf profesionalisme masing-masing dengan
mengambil/mengikuti kursus-kursus lanjutan yang bersesuaian.
8. PENTADBIRAN
8.1. Pejabat Sekolah/Penggunaan Telefon/ Kemudahan.
8.1.1 Hanya untuk urusan rasmi.
8.1.2 Sila catat di dalam buku telefon setiap panggilan yang dibuat dan segala bayaran
panggilan hendaklah dibayar kepada pembantu tadbir.
8.1.3 Panduan menggunakan telefon bimbit di kalangan guru-guru dan kakitangan
sekolah mengikut Pekeliling KementerianPendidikan Malaysia
KP(BS)B543/041/Jld.III(28) bertarikh 15 Januari 2004 seperti berikut :
Penggunaan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti-aktiviti sekolah
yang lain seperti semasa perhimpunan sekolah, mesyuarat, aktiviti kokurikulum,
mengawas peperiksaan, dan sebagainya adalah dilarang sama sekali.
8.2. Bilik Rehat Guru.
8.2.1 Bilik rehat Guru merupakan cermin guru, staf dan pentadbiran sekolah. Ianya harus
memperlihatkan budaya kemas, ceria, menampilkan keilmuan, senyap, efisien serta
berfungsi dengan cekap, tepat, telus dan tegar.
8.2.2 Kebersihan dan keceriaan Bilik Guru hendaklah sentiasa dijaga. Setiap guru
hendaklah sentiasa mempastikan susunan, kekemasan, keceriaan dan mengelakkan
keadaan tidak terurus, timbunan buku-buku latihan/kerja di atas meja.
8.3. Keselamatan/Pelawat.
8.3.1 Sekiranya guru-guru melihat/bersua seseorang yang tidak dikenali, beri salam, sila
tanya nama dan pengenalan pelawat tersebut dengan sopan santun dan hulurkan
bantuan dengan mesra. Iringi/tunjukkan mereka ke pejabat.
8.3.2 Semua pelawat diminta berurusan di pejabat terlebih dahulu untuk apa jua tujuan
serta melaporkan dan memperkenalkan diri. Semua pelawat akan diminta memakai
tag ‘Pas Pelawat’ dan mengisi Buku Pelawat Am. Satu borang kebenaran masuk
perlu diisi dan ditandatangani oleh pihak pengurusan sekolah.
8.3.3 Murid-murid dilarang membawa keluarga/kawan-kawan dan orang luar masuk ke
kelas tanpa kebenaran pejabat/Guru Besar/GPK.
8.3.4 ‘Jurujual’ adalah dilarang sama sekali masuk ke Bilik Guru., lain-lain bilik di bangunan
sekolah tanpa kebenaran Guru Besar/GPK.
8.4. Kenyataan Media.
8.4.1 Guru-guru dan staf tidak dibenarkan sama sekali membuat sebarang kenyataan
kepada media mengenai apa jua perkara. Sila rujuk kepada Guru Besar.
8.4.2 Segala urusan surat mesyuarat perhubungan ke PPD/JPNJ/Kementerian Pelajaran
mestilah dibuat melalui dan salinan kepada Guru Besar atau mendapat kebenaran
Guru Besar terlebih dahulu.
9. PENUTUP
Risalah Panduan Guru/Staf ini merupakan dokumen rasmi yang perlu dibaca, diteliti,
difahami, diikuti dan dilaksanakan oleh semua warga SK Taman Daya 2 Sila tandatangani
akuan penerimaan.
109 | S K T D 2

