Page 325 - Buku Pengurusan
P. 325
Ketua Rumah Sukan
1. Memastikan adanya senarai ahli rumah sukan yang lengkap (guru dan murid).
2. Membuat pengagihan tugas kepada semua ahli rumah sukan.
3. Membentuk jawatankuasa rumah dalam kalangan murid yang merangkumi
olahraga dan permainan.
4. Menentukan guru rumah sukan untuk menjadi pengadil dalam pertandingan
peringkat sekolah.
5. Sentiasa berbincang GPK Kokurikulum sekiranya menghadapi masalah.
6. Memastikan laporan aktiviti rumah sukan disediakan untuk edaran dan rekod.
Guru Rumah Sukan
1. Menyediakan senarai ahli rumah sukan yang lengkap mengikut kelas.
2. Mengagihkan murid dalam rumah kepada beberapa acara sukan dan
permainan.
3. Membentuk jawatankuasa rumah sukan dalam kalangan murid merangkumi
olahraga dan permainan.
4. Mengadakan mesyuarat agung.
5. Menyusun program latihan untuk peserta setiap rumah sukan.
6. Bekerjasama dengan guru-guru lain untuk menyediakan trek sebelum dan
memastikan boleh diguna pakai semasa sukan.
7. Mendapatkan alatan sukan dan permainan yang mencukupi dan berkeadaan
baik untuk semua murid yang mengambil bahagian.
8. Mendapatkan khemah (jika berkaitan) untuk murid yang mengambil bahagian
berkumpul.
8. Mengaturkan murid untuk majlis penutupan hari sukan dan permainan.
9. Mengurus makanan dan minuman untuk semua murid yang mengambil
bahagian dalam sukan dan permainan.
10. Mengemas padang selepas selesai majlis penutup hari sukan dan permainan.
11. Memulangkan semula alatan sukan dan permainan yang telah digunakan ke
tempat yang ditetapkan dalam stor sukan.
12. Sentiasa berbincang dengan Setiausaha Sukan, GPK HEM dan GPK
Kokurikulum sekiranya menghadapi masalah.
13. Memastikan laporan aktiviti rumah sukan disediakan untuk edaran dan rekod.
14. Merekodkan dan melaporkan pencapaian cemerlang murid kepada setiausaha
sukan untuk dicalonkan sebagai wakil sekolah.
JAWATANKUASA KEJOHANAN
1. Pengerusi
a) Mempengerusikan mesyuarat.
b) Memastikan segala persiapan berjalan mengikut jadual.
c) Mengatasi masalah dari semasa ke semasa.
d) Mengarahkan jawatankuasa pelaksana memainkan peranan dengan
positif.
316

