Page 328 - Buku Pengurusan
P. 328
16. Penjaga Masa
a) Memastikan bilangan penjaga masa yang mencukupi bagi semua acara yang
dipertandingkan.
b) Mengagihkan tugas-tugas kepada setiap penjaga masa.
17. Penyelia Peserta
a) Menyemak kehadiran dan kesediaan peserta-peserta yang bertanding.
b) Mengumpul peserta dalam setiap acara dengan bantuan daripada ketua
rumah sukan.
18. Pengadil Lorong
a) Memerhati dan memastikan peserta yang bertanding tidak melanggar
peraturan.
b) Memutuskan sebarang bantahan peserta.
c) Memastikan peserta berlari mengikut lorong.
d) Menunjukkan bendera merah jika berlaku pelanggaran peraturan.
e) Menunjukkan bendera putih jika semua peserta sudah bersedia.
19. Pelepas
a) Mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap peserta-peserta yang sedang
dalam keadaan sedia sebelum memulakan pelepasan pastikan Penjaga
masa dan Pengadil lorong sudah bersedia.
b) Pastikan berdiri di tempat yang boleh dilihat sepenuhnya oleh peserta
sebelum memulakan pelepasan.
20. Pelepas Panggil Balik
a) Bertanggungjawab dalam membantu tugas-tugas pelepas.
b) Pastikan berada dalam kedudukan yang sepatutnya supaya dapat
memerhati setiap peserta dengan jelasnya.
21. Penolong Pelepas
a) Memastikan semua peserta dalam saringan atau larian yang betul dan
memakai nombor.
b) Menempatkan semua peserta di lorong atau di tempat permulaan masing-
masing.
c) Mengumpul semua peserta lebih kurang tiga (3) meter di belakang garisan
permulaan.
d) Memberikan syarat kepada Pelepas sekiranya semua peserta sudah
bersedia.
22. Hakim Penamat
a) Memastikan dan mencatat pemenang bagi setiap acara yang
dipertandingkan.
b) Menghantar keputusan kepada pencatat untuk direkodkan.
23. Pencatat
a) Menerima dan mencatat keputusan setiap acara ke dalam borang
keputusan rasmi.
b) Memaklumkan kepada pengurus pemenang dan juruacara untuk
tindakan selanjutnya.
(C25) PENGURUS PEMENANG
Menyediakan pemenang dalam setiap acara untuk majlis penyampaian hadiah. 319
Memastikan majlis penyampaian hadiah berjalan lancar.

