Page 327 - Buku Pengurusan
P. 327
9. Perasmian Dan Penutupan
a) Mengurus perasmian pembukaan dan penutupan kejohanan.
b) Mengurus latihan/raptai perasmian dan penutupan (termasuk bacaan ikrar).
c) Mengurus pertandingan perbarisan.
d) Menyediakan bendera, papan tanda untuk pasukan yang mengambil
bahagian.
e) Membuat surat jemputan kepada tetamu kehormat.
10. Kepegawaian
a) Mengatur dan melatih pembantu padang.
b) Memastikan persediaan petugas-petugas berjalan dengan lancar.
11. Teknikal
a) Mengurus dan menyediakan semua alatan pertandingan untuk acara padang
dan balapan.
b) Memastikan persediaan balapan dan padang berjalan dengan lancar.
c) Memastikan alatan untuk pertandingan mengikut spesifikasi rasmi.
d) Menyediakan dan mengedarkan borang yang diperlukan dalam
pertandingan.
e) Menyusun atur cara bagi saringan pertandingan dan akhir kejohanan.
12. Hadiah dan Cenderamata
a) Menyediakan senarai hadiah dan cenderamata.
b) Menyusun hadiah, piala pusingan dan cenderamata.
c) Menghias meja hadiah.
d) Melatih pembantu untuk upacara penyampaian hadiah.
e) Menyediakan senarai pemenang hadiah.
13. Juruacara
a) Memastikan atur cara kejohanan selaras seperti buku program terutama
upacara perasmian pembukaan.
b) Menyediakan teks/skrip pengacara terutama bagi perasmian pembukaan,
atur cara dan program.
c) Mengacarakan program sepanjang kejohanan dengan lancarnya dan penuh
semangat kesukanan mengikut acara kejohanan.
d) Membuat ulasan yang boleh menceriakan suasana sepanjang pertandingan
berlangsung.
e) Membuat pengumuman yang perlu seperti peringatan kepada murid-
murid bagi membantu mengawal disiplin dan keselamatan murid.
f) Keputusan bagi setiap acara perlu diumumkan dengan segera.
g) Mengumumkan pemenang bagi upacara penyampaian hadiah.
h) Menyelaraskan pengumuman dengan AJK Siaraya bagi acara nyanyian Lagu
Negaraku, sekolah dan lain-lain.
14. Jurugambar Dan Dokumentasi
a) Bertanggungjawab merakam dan merekodkan segala aktiviti yang
berlangsung sepanjang program.
b) Membuat laporan atau dokumentasi setelah program berakhir.
15. Rekod dan Statistik
a) Menyeliakan papan markah (score board).
b) Mengira jumlah markah yang diperoleh daripada pengacara atau
pencatat.
318

