Page 326 - Buku Pengurusan
P. 326

2.   Timbalan Pengerusi
               a)  Membantu Pengerusi.
               b)  Menjalankan peranan semasa ketiadaan Pengerusi.

          3.   Setiausaha
               a)  Memanggil mesyuarat jawatankuasa pelaksana.
               b)  Menyediakan anggaran perbelanjaan.
               c)  Menyenaraikan acara-acara yang akan dipertandingkan.
               d)  Melantik dan menyusun tugas Pegawai Sukan.
               e)  Berhubung rapat dengan semua ketua jawatankuasa pelaksana dan
                   Pegawai Kejohanan.
               f)   Mengurusetiakan mesyuarat post mortem sukan.


               g)  Memastikan semua surat panggilan dan minit mesyuarat, salinan kertas kerja
                   dan bidang tugas diserahkan kepada AJK Dokumentasi.
               h)  Melaksanakan lain-lain yang diarahkan oleh Pengerusi/Timbalan  Pengerusi.

          4.   Naib Setiausaha
               a)  Membantu tugas Setiausaha.
               b)  Memainkan peranan semasa ketiadaan Setiausaha.

          5.   Bendahari
               a)  Menyimpan segala kutipan wang.
               b)  Membuat pembayaran kepada setiap jawatankuasa.
               c)  Membuat penyata Perbelanjaan/ Akaun Kejohanan.
               d)  Menyimpan semua resit yang berkaitan.


               e)  Memastikan penyata kewangan/resit diserahkan kepada AJK Dokumentasi.

          6.   Pengurus Kejohanan

               a)  Bertanggungjawab dalam pengendalian dan menentukan kejohanan berjalan
                   dengan lancarnya.
               b)  Memastikan semua pegawai telah melaporkan diri untuk bertugas.

          7.   Penolong Pengurus Kejohanan
               a)  Bertanggungjawab membantu Pengurus Kejohanan.
               b)  Memainkan peranan semasa ketiadaan Pengurus Kejohanan.

          8.   Publisiti Dan Buku Program
               a)  Menyediakan kain rentang kejohanan.
               b)  Mendapatkan senarai nama peserta.
               c)  Mendapatkan maklumat keseluruhan termasuk rekod/keputusan tahun lepas,

                   atur cara, acara yang dipertandingkan dan menyediakan ruangan untuk
                   mencatat nama bakal-bakal pemenang tahun semasa serta ruangan
                   penghargaan dan lain-lain yang difikirkan perlu.

               d)  Menyediakan buku program dan menyerahkannya kepada para     undangan.
               e)  Memastikan buku program diserahkan kepada AJK Dokumentasi.







                                                                                 317
   321   322   323   324   325   326   327   328   329   330   331