Page 226 - BUKU PENGURUSAN SMK PUJUT
P. 226
KPI 2022 / 2023
1. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya dua (2) kali setahun.
2. Menyediakan perancangan dan mengatur strategi untuk menghadapi bencana.
3. Memaklumkan kepada warga sekolah tentang pelan pengurusan risiko menghadapi
bencana.
4. Menyimpan dokumen dan alat berharga di tempat tinggi dan selamat.
5. Memaklumkan perkara itu segera kepada jabatan ( KPM / JPN / PPD / Polis /
Bomba serta ndividu - PIBG dan ibu bapa ) seperti yang tersenarai dalam JK
i
Pengurusan Bencana Sekolah untuk mendapat bantuan.
6. Memindahkan semua warga institusi ke tempat yang lebih selamat apabila bencana
dijangka akan mencapai paras bahaya atau apabila diarah berpindah oleh
Jawatankuasa Bencana di peringkat kebangsaan, negeri atau daerah.
7. Mengurus penempatan murid-murid yang tempat kediaman mereka dilanda bencana
agar dapat ditumpangkan murid untuk belajar di sekolah-sekolah berhampiran yang
tidak terlibat sehingga bencana reda / terkawal.
8. Mengaturkan kerja gotong royong guru-guru, staf sokongan, PIBG, penduduk
setempat dan jabatan-jabatan berkaitan bagi sekolah yang dijadikan pusat
penempatan sementara.
9. Memaklumkan senarai terkini jenis dan jumlah peralatan, kerusi, meja, almari dan
lain-lain yang diperlukan oleh pihak sekolah kepada JPN/PPD. Pesanan perlu dibuat
dengan segera.
10. Mengenal pasti dan menyenaraikan murid-murid yang memerlukan bantuan
kewangan, buku teks, peralatan sekolah, pakaian dan keperluan sekolah yang lain
dan perlu dimaklumkan ke JPN/PPD untuk mendapat bantuan tersebut.
11. Mewujudkan bilik gerakan dan kemudahan mengumpul dan memperoleh maklumat.
12. Menyediakan pelan tindakan menghadapi bencana banjir di peringkat sekolah.
13. Mengurus rekod dan perkakasan penting sekolah ke tempat-tempat selamat.
14. Memastikan sekolah mempunyai peralatan bantuan kecemasan.
15. Mengambil langkah pencegahan dan melaporkan kes penyakit berjangkit dengan
mendapatkan khidmat nasihat daripada pejabat kesihatan (semasa dan selepas
bencana).
16. Mengambil perhatian serius terhadap pengumuman Jawatankuasa Bencana Alam
Negara dan Jabatan Meteorologi dari semasa ke semasa.
17. Menyediakan bantuan dan kemudahan kepada calon-calon yang mengambil
peperiksaan awam.
18. Mengurus keperluan PdPR dari rumah atau pusat komuniti atau di mana-mana lokasi
yang bersesuaian.
19. Mengemaskinikan rekod kerosakan fizikal dan harta benda akibat bencana dalam
sistem EMIS online dan melaporkan kepada PPD.
219

