Page 223 - BUKU PENGURUSAN SMK PUJUT
P. 223

•    Kehilangan dan Hapus Kira - Pekeliling Perbendaharaan Malaysia AM 2.8
                Pegawai  yang  mengetahui  kehilangan  hendaklah  melaporkannya  kepada
                PGB  dengan  serta  merta.  PGB  atau  pegawai  bertanggungjawab   ke  atas
                kehilangan  atau  Pegawai  Aset  atau  Pegawai  Penempatan  atau  pegawai
                yang  mengetahui  kehilangan  berlaku,  hendaklah  membuat  laporan  polis
                dengan seberapa segera, tidak lewat dari 24 jam dari masa  kehilangan telah
                diketahui. PGB hendaklah menyediakan Laporan Awal Kehilangan Aset Alih
                dan mengemukakan kepada KSU dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan.
                Unit Pengurusan Aset Kementerian akan mengurus pelantikan Jawatankuasa
                Penyiasat  Kehilangan  Aset  Alih  hingga  keputusan  hapus  kira/keputusan
                tatatertib/surcaj.  PGB  mengambil  tindakan  terhadap  syor,  keputusan
                penyiasatan  dan  kelulusan  hapus  kira.  Pegawai  Aset  mengemaskinikan
                maklumat aset berkaitan.


       c.  Menyelia pengurusan stok kerajaan di bawah kawalannya yang ditempatkan di  stor
           dengan  pematuhan  kepada  prosedur  serta  menggunakan  borang  /  format  /
           dokumen yang telah ditetapkan merangkumi penerimaan, merekod, penyimpanan,
           pengeluaran,  pemeriksaan,  keselamatan,  kebersihan,  pelupusan,  kehilangan  dan
           hapus kira. Stok bermaksud barang-barang belum  guna dan perlu disimpan atau
           untuk digunakan terus bagi tujuan operasi atau penyelenggaraan. Antara contoh stok
           termasuk bekalan kertas A4 yang dibeli untuk tempoh setahun perlu diurus mengikut
           tatacara  pengurusan  stok yang telah ditetapkan. Pegawai lain yang terlibat secara
           langsung dalam pengurusan stok adalah pegawai stor, pegawai pelulus pengeluaran
           stok dan Pemverifikasi Stor.



       d.  Menyediakan laporan suku tahun pengurusan aset dan stor menggunakan format
           Pekeliling  Perbendaharaan  Malaysia  AM  1.1  (Lampiran  A)  untuk  dibentangkan
           dalam  mesyuarat  JKPAK.  Mesyuarat  JKPAK  hendaklah  dilaksanakan  sekurang-
           kurangnya sekali dalam tempoh tiga bulan. **sekolah bukan Pusat Tanggungjawab
           (PTJ) tidak perlu melaksanakan mesyuarat tetapi hanya perlu menyediakan laporan
           suku  tahun  pengurusan  aset  dan  stor  menggunakan  format  Pekeliling
           Perbendaharaan Malaysia AM 1.1 (Lampiran A). Laporan hendaklah dikemukakan
           kepada PPD.

       e.  Menyediakan laporan suku tahun pengurusan aset dan stor menggunakan format
           Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PS 5.1 (Lampiran B) untuk dibentangkan dalam
           Mesyuarat  JPKA.  Mesyuarat  JPKA  hendaklah  dilaksanakan  sekurang-kurangnya
           satu (1) kali dalam tempoh tiga (3) bulan.


           **Sekolah bukan Pusat Tanggungjawab (PTJ) tidak perlu melaksanakan mesyuarat
           tetapi  hanya  perlu  menyediakan  laporan  suku  tahun  pengurusan  aset  dan  stor
           menggunakan  format  Pekeliling  Perbendaharaan  Malaysia  PS  5.1  (Lampiran  B).
           Laporan hendaklah dikemukakan kepada PPD.





                                                                                 216
   218   219   220   221   222   223   224   225   226   227   228