Page 222 - BUKU PENGURUSAN SMK PUJUT
P. 222
• Penggunaan, Penyimpanan dan Pemeriksaan – Pekeliling Perbendaharaan
Malaysia AM 2.4
Semua aset alih hendaklah digunakan bagi tujuan rasmi sahaja dan dikendalikan
dengan cekap dan teratur bagi tujuan mengurangkan pembaziran, menjimatkan
kos, mencegah penyalahgunaan dan mengelakkan kehilangan. Pergerakan aset
hendaklah direkodkan.
Setiap aset alih hendaklah diperiksa oleh pemeriksa aset alih sekurang-
kurangnya sekali setiap tahun. PGB hendaklah mengambil tindakan terhadap
hasil penemuan pemeriksaan dan aset alih yang tidak dapat dikesan semasa
pemeriksaan hendaklah diambil tindakan hapus kira.
• Penyelenggaraan - Pekeliling Perbendaharaan Malaysia AM 2.5
Penyelenggaraan aset alih penting untuk memastikan aset berfungsi dengan
lancarnya secara berterusan memelihara dan memanjangkan angka hayat
j
aset dan selamat digunakan.
• Pindahan - Pekeliling Perbendaharaan Malaysia AM 2.6
Pindahan hak milik aset alih antara Pusat Tanggungjawab (PTJ) agensi
Kerajaan Persekutuan boleh dilaksanakan sekiranya ada keperluan.
• Pelupusan - Pekeliling Perbendaharaan Malaysia AM 2.7
Aset alih boleh dilupuskan sekiranya tidak ekonomi untuk dibaiki; usang; rosak
dan tidak boleh digunakan; luput tempoh penggunaan; keupayaan aset alih tidak
lagi di peringkat optimum; tiada alat ganti di pasaran; pembekal tidak lagi
memberikan khidmat sokongan; tidak lagi diperlukan oleh jabatan; perubahan
teknologi; dan melebihi keperluan. Perakuan Pelupusan (PEP) perlu disediakan
bagi pelupusan aset tertentu. Aset hendaklah diperiksa oleh Lembaga Pemeriksa
Pelupusan (LPP). Sekolah boleh menggunakan LPP sedia ada daripada sekolah-
sekolah lain (dalam negeri yang sama) dibawah KPM ataupun mewujudkan LPP
baru mengikut prosedur yang ditetapkan. Bagi pelupusan yang melibatkan tidak
lebih daripada RM50,000 bagi tiap-tiap satu barang dan tidak lebih daripada
RM500,000 bagi nilai agregatnya untuk semua jenis aset kecuali kehilangan
akibat kecurian, penipuan dan kecuaian pegawai awam perlu diserahkan kepada
urusetia pelupusan di JPN yang mana kuasa meluluskan pelupusan adalah
Pengarah/Timbalan Pengarah JPN.
215

