Page 151 - BUKU LATEST
P. 151

Sekiranya Seorang Pegawai Telah Memulakan Pengajian Secara Jarak Jauh Sebelum Berkhidmat Dengan Kerajaan Dan
     Meneruskan  Pengajian  Setelah  Dilantik  Ke  Perkhidmatan  Awam,  Adakah  Pegawai  Tersebut  Layak  Untuk  Menikmati
     Kemudahan CKS?
       Pegawai belum layak dipertimbangkan kemudahan CKS selaras dengan peruntukan SPP Bil. 7/2009 kerana belum disahkan
        dalam perkhidmatan.

     PERATURAN MEMBERIKAN KEBENARAN TIDAK HADIR KERJA ATAS SEBAB MUSABAB KECEMASAN AM
     Seorang pegawai diarahkan berpindah ke pusat pemindahan banjir kerana rumah/tempat kediaman dinaiki air. Pegawai
     berada selama seminggu di pusat pemindahan banjir sementara menunggu banjir surut untuk kembali ke rumah.  Dalam
     tempoh berada di pusat pemindahan banjir, pegawai boleh hadir ke pejabat kerana tidak terhalang perjalanan daripada
     pusat pemindahan banjir ke pejabat. Dalam kes ini, adakah peruntukan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1/1986 juga terpakai
     kepada pegawai  bagi tempoh selama mana pegawai berada di pusat pemindahan banjir tersebut?
       Berdasarkan PP 1/1986, Ketua-ketua Jabatan diberi kuasa untuk membenarkan pegawai di bawah kawalan masing-masing
        tidak hadir ke pejabat menjalankan tugas akibat sesuatu kejadian kecemasan yang menyebabkan keadaan memaksa pega-
        wai itu tidak dapat hadir bekerja. Pertimbangan oleh Ketua Jabatan dalam melaksanakan pekeliling ini adalah seperti berikut:
        i.   Pegawai  tidak  hadir  bekerja  atas  sebab-sebab  kecemasan  seperti banjir,  tanah  runtuh,  gempa  bumi,  jambatan
           runtuh  atau  lain-lain  malapetaka  dan  bencana alam,  perintah  berkurung  dan perintah sekatan  am oleh pihak
           berkuasa yang menyebabkan terhalangnya perjalanan ke pejabat atau ke tempat bekerja biasa;
        ii.  Kes-kes bencana dan kemalangan yang berlaku atas peribadi atau atas harta benda seseorang pegawai tidak dianggap
           kecemasan am dan hendaklah mengambil cuti lain yang layak;
        iii.  Pegawai  perlu memaklumkan  perkara  ini  kepada  Ketua  Jabatan  dengan  menggunakan  borang  permo-
           honan seperti di lampiran kepada PP 1/1986 cuti bagi tempoh tidak hadir itu;
        iv.  Mendapatkan pengesahan tentang bencana alam tersebut dari Pegawai Daerah, Penghulu, Pejabat Polis, Jab-
           atan Penerangan, Jabatan Kebajikan dan Siaran Media Massa;
        v.  Tempoh  kebenaran  tidak  hadir  kerja  yang  boleh  diberikan  adalah  sepanjang  tempoh  berlaku  kecemasan  am  atau
           bencana alam;
        vi.  Sekiranya Ketua Jabatan tidak berpuas hati dengan perakuan yang dikemukakan, maka Ketua Jabatan boleh memo-
           tong cuti rehat tahunan pegawai ataupun menganggap tempoh itu sebagai cuti tanpa gaji sekiranya cuti rehat tahunan
           pegawai sudah habis digunakan.
       Dalam kes ini, pegawai telah diarahkan berpindah ke Pusat Pemindahan Banjir kerana rumah/tempat kediaman telah dinaiki
        air. Walaupun perjalanan pegawai dari Pusat Pemindahan ke tempat bekerja tidak terhalang, tetapi situasi dan keadaan
        memaksa  pegawai  tidak dapat  hadir  bekerja boleh  dipertimbangkan  untuk  diberikan  kebenaran  tidak  hadir  kerja di
        bawah PP Bil. 1/1986 oleh Ketua Jabatan sepertimana yang dijelaskan di Perenggan 3.1 pekeliling tersebut. Pada masa
        yang sama, semua peraturan sebagaimana yang telah ditetapkan di dalam PP Bil. 1/1986 hendaklah dipatuhi.

     Seorang pegawai pulang ke kampung di Kelantan tetapi tidak dapat kembali ke Kuala Lumpur kerana jalan ditutup akibat
     banjir. Adakah pegawai layak dipertimbangkan tidak hadir bekerja di bawah PP Bil 1/1986?
       Berdasarkan  perenggan 1.1,  PP  Bil. 1/1986, pegawai-pegawai  tidak  hadir  bekerja  atas sebab-sebab  kecemasan seperti
        banjir, tanah runtuh, gempa bumi, jambatan runtuh atau lain-lain malapetaka dan bencana alam, perintah berkurung dan
        perintah sekatan am oleh pihak berkuasa yang menyebabkan terhalangnya perjalanan ke pejabat atau ke tempat beker-
        ja  biasa boleh  dipertimbangkan  kemudahan  tersebut.  Ketua  Jabatan  boleh  mendapatkan  pengesahan  tentang  bencana
        alam tersebut dari Pegawai Daerah, Penghulu, Pejabat Polis, Jabatan Penerangan, Jabatan Kebajikan dan Siaran Media
        Massa. Walau bagaimanapun, Ketua Jabatan hendaklah memastikan semua peraturan sebagaimana yang telah ditetapkan
        di dalam PP Bil. 1/1986 hendaklah dipatuhi.

     Status warga KPM yang dilantik sebagai sukarelawan bagi membantu mangsa banjir, adakah pegawai layak diberi kemu-
     dahan Cuti Tanpa Rekod atau pelepasan dan dianggap bertugas rasmi?
       Berdasarkan maklum balas surat JPA rujukan JPA(SARAAN)262/6/3-11 Klt.8 (57) bertarikh 26 Februari 2015 menjelaskan
        bahawa :
        i.   Sekiranya  program  sukarelawan  tersebut  merupakan  anjuran  Kementerian/  Jabatan,  Ketua  Jabatan  dengan
           menggunakan  budi  bicaranya  dan  atas  kepentingan  perkhidmatan,  boleh  mengarahkan  pegawai  untuk  membantu
           mangsa banjir/ memulihkan keadaan serta fasiliti-fasiliti yang berkenaan seolah-oleh pegawai menjalankan tugas ras-
           minya.
        ii.  Bagi program anjuran NGO dan atas kerelaan pegawai untuk membantu, tiada peruntukan kemudahan Cuti Tanpa
           Rekod bagi tujuan tersebut. Walau bagaimanapun, pegawai boleh menggunakan kemudahan Cuti Rehat yang ia berke-
           layakan bagi tujuan tersebut.



                                         145
   146   147   148   149   150   151   152   153   154   155   156