Page 150 - BUKU LATEST
P. 150

CUTI GANTIAN
     Seorang pegawai tidak hadir bertugas pada 14 Oktober 2013 dan kelayakan Cuti Rehat pada tahun berkenaan telah habis
     digunakan. Ketua Jabatan mengarahkan pegawai untuk menjalankan tugas lebih masa mulai 17 hingga 20 Oktober 2013.
     Berdasarkan pengesahan penyelia, jumlah masa terkumpul bertugas lebih masa adalah melebihi 9 jam yang melayakkan
     pegawai  dipertimbangkan 1  hari  Cuti Gantian.  Dalam kes  ini,  adakah  Cuti  Gantian selama  1  hari boleh  diambil  bagi
     menggantikan tempoh ketidakhadiran pegawai pada 14 Oktober 2013 walaupun jumlah masa terkumpul adalah bermula
     pada 17 Oktober 2013?
       Berdasarkan Perintah Am 40 Bab C 1974 menjelaskan bahawa Cuti Gantian layak dipertimbangkan kepada adalah pegawai
        yang diarahkan menjalankan tugas lebih masa pada hari bekerja biasa, hari cuti am atau hari kelepasan mingguan tetapi
        tidak  berkelayakan  mendapatkan  bayaran  lebih  masa  atau  sebarang  bayaran  khas,  layak  diberi  Cuti  Gantian  mengikut
        syarat yang ditetapkan dan diluluskan oleh Ketua Jabatan.
       Cuti  Gantian  boleh  diluluskan  sama  banyak  dengan  masa  yang  dipanggil  bertugas  lebih  masa  tersebut.  Satu  hari  Cuti
        Gantian bersamaan 9 jam kerja-kerja lebih masa dan jumlah jam kerja lebih masa yang boleh dikumpulkan bagi tujuan Cuti
        Gantian adalah dalam tempoh 2 bulan sahaja dan boleh digunakan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kelulusan kerja lebih
        masa yang diberikan oleh Ketua Jabatan sebagaimana yang dijelaskan dalam perenggan 5.2, SPP 1/1980, PP 9/1991 dan
        PP 4/2002.
       Oleh  yang  demikian, Cuti  Gantian  kepada  pegawai  tidak  boleh  dikebelakangkan tarikhnya  sebagaimana  dijelaskan  di


     CUTI SAKIT
     Seorang pegawai telah jatuh sakit semasa bercuti rehat di Singapura. Beliau telah menerima rawatan di klinik swasta dan
     diberikan cuti sakit selama 2 hari. Bolehkan sijil sakit tersebut diterima?
       Berdasarkan  surat  edaran  JPA  rujukan  JPA(S)223/8/3  Klt.15  (9)  bertarikh  21  Oktober  2010  -  Penambahbaikan  Dasar
        Mengenai Penerimaan Sijil Sakit Yang Dikeluarkan Oleh Hospital/ Klinik Di Singapura menjelaskan bahawa:
       Ketua  Jabatan boleh  menerima sijil  sakit  yang  dikeluarkan  oleh  klinik/  hospital  di  Singapura  bagi  tujuan  meluluskan
        kemudahan Cuti Sakit kepada pegawai tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
        i.   pegawai telah mendapatkan kelulusan ke luar negara dari Ketua Jabatan bagi apa-apa tujuan sekalipun;
        ii.   bagi pegawai yang menerima rawatan sebagai pesakit luar di klinik/ hospital di Singapura, sijil sakit yang dikeluarkan
           oleh doktor tanpa sokongan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan boleh diterima terhad bagi tempoh jumlah tidak melebihi
           15 hari dalam sesuatu tahun kalendar. Jumlah 15 hari ini adalah termasuk jumlah penerimaan sijil sakit yang dikeluar-
           kan oleh doktor swasta di dalam negara tanpa sokongan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan sepertimana yang dijelas-
           kan dalam PP 2/2006.
        iii.  bagi pegawai yang menerima rawatan sebagai pesakit dalam di klinik/ hospital di Singapura, sijil sakit yang dikeluarkan
           oleh doktor tanpa sokongan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan boleh diterima terhad bagi tempoh tidak melebihi 90
           hari dalam sesuatu tahun kalendar; dan
        iv.  bagi pegawai yang berkhidmat di sempadan Malaysia-Singapura yang mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di
           klinik/ hospital di negara berkenaan, sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor tanpa sokongan oleh Pegawai Perubatan
           Kerajaan boleh diterima tertakluk kepada peraturan di perenggan (b) di atas.
     CUTI KURSUS SAMBILAN (CKS) BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN SECARA JARAK JAUH (PJJ)
     Apakah Syarat Untuk Mendapatkan Kemudahan Cuti Kursus Sambilan (CKS)?
       Berdasarkan  perenggan  7,  SPP  Bil.  7  Tahun  2009,  Ketua  Jabatan boleh  mempertimbangkan  pemberian  CKS  tertakluk
        kepada syarat berikut:
        i.   Pegawai telah disahkan dalam perkhidmatan;
        ii.  Pegawai telah terlebih dahulu mendapat kebenaran secara bertulis daripada Ketua Jabatan untuk mengikuit pengajian
           secara jarak jauh;
        iii.  Kursus  yang  diikuti  adalah  kursus  yang telah  mendapat  pengiktirafan Unit  Pengiktirafan  Kelayakan  Perkhidmatan
           Awam, Sektor Pengajian Tinggi bagi maksud lantikan ke dalam perkhidmatan awam yang boleh disemak melalui laman
           web JPA : eSISRAF;
        iv.  Kemudahan CKS hanya layak untuk dua (2) kali sepanjang tempoh perkhidmatan;
        v.  Bilangan  CKS yang  diambil  perlu  direkod di  ruang  Maklumat  Perkhidmatan dan Maklumat  Cuti  Buku  Perkhidmatan
           Kerajaan pegawai;
        vi.  Kemudahan yang diberikan bukan satu hak mutlak pegawai dan ianya tertakluk kepada kelulusan Ketua Jabatan; dan
        vii.  Kemudahan CKS (iaitu Cuti Tanpa Rekod bagi mengikuti kursus intensif sebanyak 30 hari bagi satu tahun pengajian)
           tidak boleh dibawa ke tahun hadapan, sekiranya pegawai tidak menggunakan kemudahan ini pada tahun semasa.
        Kursus intensif meliputi modul-modul yang mewajibkan pegawai mengikutinya secara sepenuh masa seperti kuliah, tutorial,
        seminar/ bengkel/ kolokium dan latihan amali/ latihan industri yang kurang daripada 30 hari.
                                         144
   145   146   147   148   149   150   151   152   153   154   155