Page 147 - BUKU LATEST
P. 147
Puan N, PPP Gred DG41 telah memohon untuk menggunakan 90 hari Cuti Bersalin bagi anak ketiga namun tidak dilulus-
kan oleh Ketua Jabatan. Ketua Jabatan hanya meluluskan Cuti Bersalin selama 60 hari disebabkan oleh kekurangan
tenaga kerja di sekolah tersebut. Adakah Ketua Jabatan mempunyai hak untuk berbuat demikian?
Ya. Dari segi dasar pemberian kemudahan Cuti Bersalin, pegawai diberi fleksibiliti untuk menentukan sendiri tempoh Cuti
Bersalin di antara 60 hari sehingga 90 hari bagi setiap kelahiran. Walau bagaimanapun, tempoh Cuti Bersalin yang diberi
adalah diputuskan dengan rundingan di antara pegawai dengan Ketua Jabatan di mana keputusan yang ditetapkan adalah
berdasarkan kepada kelulusan Ketua Jabatan dan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.
Berapa kalikah guru layak mengambil Cuti Bersalin Separuh Gaji sehingga 14 hari, setelah menghabiskan kemudahan
Cuti Bersalin Bergaji Penuh sebanyak 300 hari?
Tiada had. Kemudahan Cuti Bersalin Separuh Gaji adalah cuti bersalin yang dibayar separuh emolumen dan hanya di-
peruntukkan kepada guru (yang mengajar) selama 14 hari dalam penggal sekolah. Pegawai diberi fleksibiliti untuk menen-
tukan sendiri tempoh Cuti Bersalin di antara 60 hari sehingga 90 hari bagi setiap kelahiran.
Berdasarkan perenggan 8.2 PP 14/2010, Guru (yang mengajar) yang telah menggunakan kelayakan maksimum 300 hari
kemudahan Cuti Bersalin, tempoh Cuti Bersalin adalah seperti berikut:
a. Semasa penggal sekolah, guru (yang mengajar) boleh :
mengambil Cuti Bersalin Separuh Gaji sehingga 14 hari; dan
mengambil Cuti Bersalin Tanpa Gaji setelah menggunakan Cuti Bersalin Separuh Gaji; atau
menggunakan Cuti Menjaga Anak mulai dari tarikh bersalin sepertimana yang dijelaskan di dalam PP 5/2014 bagi
memenuhi tempoh Cuti Bersalin.
b. Semasa cuti penggal sekolah, guru yang bersalin dianggap dalam Cuti Bergaji Penuh.
Puan K, Pembantu Pengurusan Murid telah mengambil Cuti Bersalin lebih awal dari tarikh bersalin sehingga 14 hari
(3/3/15 – 16/3/15) dari tarikh dijangka bersalin. Namun demikian, beliau hanya bersalin pada 20/3/15. Adakah beliau boleh
memberikan sijil sakit kepada Ketua Jabatan bagi tempoh 3 hari (17/3/15 – 19/3/15)?
Tidak, sijil sakit tidak boleh diterima bagi tempoh 3 hari (17/3/15 – 19/3/15). Cuti Bersalin pegawai hendaklah dikira mulai
3/3/15 – 1/5/15 selama 60 hari (jika pegawai mengambil Cuti Bersalin 60 hari).
Puan B, Pembantu Tadbir telah menggunakan 300 hari kemudahan Cuti Bersalin (60 hari bagi setiap kelahiran). Beliau
akan bersalin kali ke enam pada hari Kelepasan Am. Bilakah tarikh bersalin pegawai bermula?
Cuti Bersalin bermula dari pegawai bersalin iaitu pada hari Kelepasan Am disambung dengan cuti rehat yang berkelayakan
dan seterusnya Cuti Bersalin Tanpa Gaji. Walau bagaimanapun, pegawai dikehendaki memenuhi tempoh Cuti Bersalin di
antara 60 hari sehingga 90 hari.
Seorang PPP yang mempunyai baki Cuti Bersalin Bergaji Penuh sebanyak 30 hari. Beliau bersalin semasa cuti penggal
sekolah. Adakah guru berkenaan boleh untuk tidak menggunakan baki Cuti Bersalin?
Tidak boleh. Sebagaimana yang dijelaskan di perenggan 7.2 PP 14/2010, Guru berkenaan dikehendaki untuk memenuhi
tempoh Cuti Bersalin di antara 60 hari sehingga 90 hari seperti turutan berikut:
a. Menghabiskan kesemua baki Cuti Bersalin Bergaji Penuh yang dilayaki; dan
b. bagi tempoh yang selebihnya dianggap Cuti Bergaji Penuh.
CUTI MENJAGA ANAK
Puan A telah berkahwin dengan seorang bapa tunggal yang mempunyai seorang anak perempuan berumur 4 tahun 7
bulan yang tinggal bersama dan ditanggung nafkahnya. Anak tiri pegawai telah ditimpa kemalangan dan beliau
bercadang menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak. Adakah pegawai layak menggunakan kemudahan Cuti
Menjaga Anak untuk menjaga anak tiri?
Pegawai layak menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak yang tidak terikat dengan tempoh Cuti Bersalin terhad sehing-
ga 5 bulan (152 hari) kerana anak tiri pegawai telah berusia 4 tahun 7 bulan ketika permohonan dikemukakan dan tertakluk
kepada syarat satu (1) tahun sepanjang tempoh perkhidmatan atau sehingga anak berumur lima (5) tahun, mana yang
terdahulu:
Perkiraan = (5 Bulan x 365 hari) ÷ 12 bulan
= 152 hari
Puan B telah diluluskan kemudahan Cuti Menjaga Anak bagi tujuan menjaga anak tiri tanggungan. Dalam tempoh
sedang bercuti menjaga anak, pegawai telah bercerai dengan suami beliau. Bolehkah pegawai meneruskan Cuti Menjaga
Anak yang telah diluluskan?
Pegawai tidak layak untuk meneruskan baki Cuti Menjaga Anak kerana tidak lagi memenuhi tafsiran anak tiri tanggungan
141

